USTAZ HADI JATUH SAKIT

K.Trengganu 10 Apr’ 08.  Di dalam kehangatan perbahasan berkenaan isu BABI di Selangor, Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz  Abdul Hadi Awang, mendapat serangan strok ringan. Perkara ini dikatakan sangat berkait rapat kerana sumber mengingatkan bahawa, beliau pernah berkata “Badwi di Arab bela unta, Badwi di Malaysia bela babi”. Apa yang menyebabkan beliau jatuh sakit adalah, kerana terperanjat dengan kemelut PAS Selangor, yang menjilat semula apa yang pernah diludahnya. Akhirnya beliau terpaksa mencari dalil baru untuk merasionalkan kesilapan yang telah berlaku di Selangor. Sepanjang perbahasan isu berkenaan di media, beliau dan Murshidul Am PAS, Dato’ Seri Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, belum lagi mengeluarkan apa-apa komen mahupun fatwa.

Berikutan dengan keputusan Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru memerintah, barisan exco yang mewakili PAS di dalam Perikatan Rakyat, telah menyokong untuk meluluskan pusat pemeliharaan BABI moden di Sepang. Perkara ini yang sepatutnya dirahsiakan demi menjaga sensitiviti umat Islam, terbongkar setelah Theresa Kok yang mewakili DAP mengumumkannya melalui laman blog beliau, samada disebabkan oleh kegelojohan beliau atau sengaja mahu memerangkap PAS ke dalam kemelut ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Selangor yang baru, rancangan ini telah pun diluluskan oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor baru-baru ini. Menurut sumber, apa yang membingungkan rakyat ialah, adakah kerajaan PR suatu sinambungan kepada kerajaan BN? ”Kami mengharapkan perubahan seperti menutup kilang arak, kedai judi dan pusat-pusat maksiat di Negeri Selangor. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bahkan ladang BABI yang lebih besar pula mahu diwujudkan” kata En. Suleyman Akhlamenn ketua PAS cawangan Kampung Pinang Tiga Batang.

Seorang lagi ketua cawangan PAS yang mahu identitinya dirahsiakan mempersoalkan, “kenapa PAS Selangor tidak menentang cadangan ini, kerana ianya bukan sahaja akan mencalar, bahkan akan menjatuhkan imej PAS, yang selama ini memperjuangkan ISLAM”. Beliau yang kelihatan agak emosi menambah, “sebenarnya PAS telah terperangkap di dalam jebak DAP dan PKR.  Apabila DAP mendapat kemenangan buat pengikutnya, PAS pula terkial-kial mencari rasional kepada akibat kejengkelan PAS Selangor yang mungkin masih agak terperanjat. Akhirnya apa yang pernah diludah oleh Ustaz Hadi Awang terpaksa dijilat semula oleh pengikut-pengikutnya yang taksub memBABI buta”. (sumber berita reufer.comb)

 

Tinggalkan jawapan