BARRACK HUSSEIN OBAMA Jr. – Kelahiran Hari Jumaat

Barrack Hussein Obama Jr, satu nama yang tiba-tiba muncul di arena politik dunia. Beliau yang pada Ogos ini akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-47, merupakan seorang peguam lulusan Harvard Law School. Beliau masih memerlukan kira-kira 396 lagi pencalonan Demokrat, bagi melayakkannya bertanding sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS), November ini, menentang calon Republikan John Mc Cain. Apa yang menarik, Obama adalah kelahiran hari Jumaat. Menurut kitab ‘Bintang 12′, kelahiran hari Jumaat adalah dari golongan yang mempunyai kelebihan pada penglihatannya. Kekuatannya terletak pada air dan angkanya ialah 6. Perwatakannya adalah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Nama Barrack adalah dari perkataan Arab yang membawa maksud BAROKAH atau keberkatan. Nama Hussein yang berada di tengah nama beliau, adalah nama cucunda Rasulullah (s.a.w) dan simbolik kepada kepada umat Islam sedunia, agar mendoakan kemenangannya sehingga beliau berjaya melangkah ke Rumah Putih, seterusnya memerintah AS dan dunia. Manakala Obama pula tidak berapa pasti.

Beliau diibaratkan sebagai jelmaan mendiang Martin Luther King Jr. oleh mereka yang percayakan reincarnation. Sebagai African America (AA), beliau setakat ini dapat memungkinkan impian King Jr, supaya AS diperintah oleh seorang AA. Impian ini telah dirakamkan kira-kira 40 tahun yang lalu. Biarpun Obama tahu, beliau berisiko untuk menerima nasib yang sama seperti King Jr, tetapi slogan hikmatnya CHANGE, yang pertama kali dilaungkan di tempat, di mana Abraham Lincoln memulakan langkah sebagai Presiden AS, memberikan Obama keberanian untuk terus melangkah. Semoga beliau berjaya.

Berbalik kepada Kitab Bintang 12, kelahiran hari Jumaat anasirnya adalah AIR. Jumaat itu sendiri adalah hari perhimpunan dan Sabtu adalah hari penyempurnaan manakala anasirnya BUMI atau TANAH. Jumaat dekat dengan Khamis dan Sabtu. Khamis anasirnya ANGIN. Orang yang lahir pada hari khamis tidak boleh mendampingi Obama secara dekat. Dikhuatiri ribut dan taufan akan berlaku. Sebaik-baiknya kelahiran hari Sabtu dan Ahad. Hari Ahad anasirnya LANGIT atau AWAN. Hari Isnin anasirnya BUNGA, Selasa pula API dan Rabu anasirnya DAUN. Obama memerlukan kelahiran hari Sabtu sebagai asas kedudukan atau acuannya, kelahiran hari Ahad sebagai mediator, kelahiran Isnin sebagai promoter, kelahiran Selasa sebagai provocator, kelahiran Rabu sebagai resourcer dan kelahiran Khamis sebagai attacker.

Ini adalah perhitungan di dalam kitab Bintang 12 yang perlu diikutinya sebagai tertib. Walau apa pun pegangan dan pendirian Obama, beliau dikenali sebagai seorang yang tenang dan sangat berhati-hati. Penganalisis menjangkakan, sekiranya beliau berjaya memasuki White House, AS akan menarik semula ketumbukan tenteranya di Iraq dan Afghanistan, kecuali squad Elite yang akan membantu kerajaan Iraq dan Afghanistan mencapai kestabilan politik masing-masing. Harga minyak dunia dijangka turun, seterusnya planet ini akan menjadi tempat yang selamat untuk didiami. Beliau yang pernah tinggal di Jakarta selama hampir 5 tahun, dijangka akan mendapat laluan mudah ke White House sekiranya beliau berjaya memenangi pencalonan Demokrat.

Berhubung dengan politik Malaysia, Perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini kebanyakannya kelahiran hari Ahad kecuali Tunku Abdul Rahman (Isnin) dan Tun Razak (Sabtu). PAK LAH yang lahir pada hari AHAD (26 Nov. 1939) adalah orang yang sangat effisien sebagai perantara antara AS dan Dunia Islam. Bagaimana pun, Pak Lah memerlukan kekuatan angin iaitu kelahiran hari Khamis untuk menggerakkannya. Maka Pak Lah dijangka bakal mendapat satu suntikan semangat baru selepas November 2008, jika dan hanya jika Obama berjaya menjadi PRESIDEN AS. Orang yang dilahirkan pada hari Ahad mempunyai perwatakan pendiam dan lebih suka memendam rasa. Bagaimanapun Ahad dari perkataan WAHID bermaksud SATU. Kelahiran hari Ahad adalah yang paling sesuai sebagai penaung dan kekuatannya pada angka 5. Hari Ahad adalah yang baik untuk memulakan sesuatu perkara baru, kerana Ahad adalah hari bermulanya SUNNATULLAH, hari di mana detik pertama masa bermula dan YANG awal-awal lagi ulung-ulung dijadikan ‘JADI’ dengan kehendak DZAT yang bernama ALLAH. Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.

Maka, tidak perlulah Pak Lah bimbang kepada tentangan di luar dan di dalam UMNO. Anggaplah mereka mereka ini nyamuk atau agas. Begitu juga dengan cabaran globalisasi, tiada apa yang perlu digeruni kerana kita bertuhankan TUHAN YANG MAHA AGUNG. Mereka kebanyakannya tahu kewujudan Allah, tetapi mereka tidak kenal siapa sebenarnya ALLAH. Teruskanlah memerintah dengan HAQ. Kami adalah tentera-tentera Allah yang akan bertindak sejurus kami mendapat isyarat JIHAD. Senjata kami hanyalah HAQQUL YAKIN.

Dengan HAQ ALLAH TAA’LA, marilah kita bertakbir…

ALLAH HU AKBAR…ALLAH HU AKBAR…ALLAH HU AKBAR…WALILLA HIL HAMD.

(NazzCaveMan)

Tinggalkan jawapan