• Tulisan Terbaik

    • Tiada
  • Arkib

  • Meta

PAK LAH MUJAHIDIN TERBILANG

Jika tidak kerana kenaikan harga minyak dunia, pasti Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sudah menakluki Iran dan Syria. Apa daya yang ada, MINYAK adalah senjata umat Islam untuk mengekang kemaraan tentera AL-AHZAB (Bersekutu) dari terus melanggar negara-negara Islam. Tindakan Alumni Al Azhar mengadakan perhimpunan yang julung kalinya di Malaysia, adalah satu pengiktirafan terhadap Malaysia selaku pengerusi Organisasi Negara-Negara Islam (OIC) yang effisien pada masa itu.

Awal tahun 2008, Presiden AS G.W. Bush, telah datang ke Arab Saudi untuk merundingkan permohonan AS agar pengeluaran minyak ditingkatkan dan harga syiling minyak ditetapkan. Seminggu kemudian, menteri minyak Saudi mengumumkan bahawa Arab Saudi tidak dapat memenuhi permintaan AS. Perkembangan ini sebenarnya adalah kemenangan buat Malaysia dan OIC, kerana telah berjaya menundukkan AS yang sombong lagi bongkak. Situasi ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, terutamanya pembayar cukai di AS, seterusnya mencetuskan tunjuk-tunjuk perasaan di serata pelusuk AS.

Perkembangan politik di negara-negara sekutu AS, seperti perubahan pucuk pimpinan dan pertukaran parti memerintah ,sudah cukup untuk memberikan mesej kepada pengundi di AS bahawa AS memerlukan perubahan (CHANGE). Barack Obama muncul pada masa yang tepat, di tempat yang tepat dan di dalam situasi yang tepat. Demokrat bakal menjadi alternatif kepada pengundi AS pada November ini. Perang Teluk yang sudah kehilangan arah tuju, telah menjerumuskan AS ke dalam kegawatan ekonomi yang sangat serius.

Peningkatan harga minyak mentah dari julat USD22 se-tong kepada julat USD100 se-tong, telah meningkatkan kos perang AS dari julat USD 400 juta seminggu kepada julat USD 2 billion seminggu. Isu ini telah mengalih perhatian dan kecenderungan pengundi AS dan inilah yang telah memaksa Bush untuk merafak sembah kepada Arab Saudi. Diharapkan, dengan kembalinya Demokrat dan melangkahnya Mr. Barack Obama ke White House, dunia akan lebih aman dan makmur.

Malaysia sebagai pengerusi OIC di bawah pimpinan PAK LAH, telah menjalankan tugasnya dengan sangat efektif. White House di bawah Republikan yang dipimpin oleh Bush, sedar akan perkara ini. Pak Lah mesti ditumbangkan. jika tidak, Republikan akan tumbang November ini. Dengan kerjasama tokoh tajaannya yang mampu mengambil peranan ini, Bush berjaya memalukan Pak Lah dan melonggarkan sedikit kekuasaan Pak Lah di dalam kerajaan Malaysia. 3 hari selepas PRU-12, Senegal telah mengambilalih kepimpinan OIC dari Malaysia. Dick Cheney selaku naib Presiden AS, telah melakukan kunjungan ke Arab Saudi bagi pihak Bush, untuk memujuk Arab Saudi. Apa juga keputusan Saudi, Iran sudah pun memasang 6000 siren perang di seluruh negaranya, dan Syria dalam keadaan berjaga-jaga.

Nampaknya, PAS adalah penyumbang kepada kemenangan Bush dan Republikan. Tindakan Pak Lah yang nampaknya lembab, telah berjaya mengkucar kacirkan White House. Pak Lah telah berjaya membawa umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam umumnya, ke dalam sebuah peperangan yang besar menentang SYAITAN AS. Dengan hanya merelakan sedikit kenaikan harga minyak dan barang keperluan, umat Islam sudah menjadi MUJAHIDIN. Ini adalah lebih baik dari BERTAKBIR tetapi tidak tahu apa itu TAKBIR. Melaungkan ALLAH MAHA BESAR, tetapi tidak tahu, jauh sekali mengenali kebesaran ALLAH.

Ini bukan masanya untuk PAS menyumbang kepada kejatuhan Pak Lah. PAS mungkin tidak bersetuju dengan pemimpin UMNO yang lain, tetapi Pak Lah bukanlah sasaran yang adil. Sasarkanlah serangan kamu kepada sasaran yang sebenarnya. Bantulah Pak Lah dengan memudahkan kepemimpinannya. Seranglah bangsat-bangsat di dalam UMNO yang kamu rasa merosakkan ummah. Kemudian apabila UMNO sudah cukup suci bagi kamu, bergabunglah di dalam Barisan Nasional. Bukankah itu lebih adil dan lebih mulia? Tetapi, jika kamu tidak ada keghairahan terhadap UMNO, tidak mengapa. Kami ada cara yang tersendiri. Kami merdeka dari penggantungan terhadap makhluk. Kami hanya bergantung kepada TUHAN PENGUASA SEKELIAN ALAM.

Percayalah dan yakinlah, PAK LAH tidak akan berundur buat masa terdekat ini. Pemimpin-pemimpin bangsat di dalam UMNO, yang berdiri atas kebathilan akan gugur dengan sendirinya. Pak Lah ada Al-Ghazali, As-Syafie dan lain-lain lagi di sekelilingnya. Kami sudah berbai’ah untuk SYAHID demi perjuangan yang HAQ, dengan Pak Lah sebagai ketua kami, selagi Pak Lah berdiri pada HAQ.

Juga peringatan buat pemimpin dan ahli UMNO yang ‘bertuhankan’ WANG. Jangan kamu fikir, wang kamu itu besar. Ia tidak akan dapat menyelamatkan kamu dari kami. Tidak ada lagi tempat bagi kamu di dalam UMNO bahkan di dunia ini. BERTAUBATLAH segera sebelum ajal kamu tiba.

NazzCaveMan

Tinggalkan jawapan