NAFSU PAS HAMPIR MENGHARUSKAN BABI !!! APA KATA ALLAH???

Isu BABI yang menjadi begitu hangat lagi mendidih, telah meletakkan PAS di dalam keadaan yang sangat tersepit. Nasihat buat pemimpin dan pengikut PAS, kembalilah kepada Allah dan Rasul. Pemimpin PAS wajib menasihati dan menyeru kepada pengikutnya tentang hakikat hidup sebagai insan, yang mahu mengabdikan diri kepada Sang Pencipta Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dari apa yang dilaungkan di dalam takbir kamu, yang tiada berserta HAKIKAT. Penulisan  ini bukan untuk mencari siapa salah dan siapa yang benar. Penulisan ini hanyalah demi KEBENARAN. Jika mahu mengaku kepada umum itu sangat berat, tetapi cukuplah sekadar mengaku kepada Allah Ta’ala. Tetapi kenalkah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS kepada Allah yang sangat hampir dengan setiap manusia, lebih hampir dari urat leher manusia itu sendiri? Atau adakah hanya sekadar mengetahui kewujudan Allah, tetapi tidak mengenali yang sebenar-benarnya ’Si’ yang bernama ALLAH? Pasti ada yang sampai kepada HAKIKAT seterusnya MAKRIFAT. Adalah menjadi tanggungan kepada yang sudah sampai untuk, menyampaikan kepada yang belum sampai. Cukup hanya dengan seruan dan kiasan, seterusnya petunjuk adalah urusan Allah. Malah seruan dan kiasan itu pun Haq Allah jua adanya. Jika tidak, apa yang telah dibudayakan malah disolek-solek dan diberi nama dengan nama Islam, sebenarnya adalah satu pembohongan bahkan FITNAH yang sangat besar terhadap ISLAM. Bukankah ini lebih dahsyat dari membunuh sekelian umat Islam di atas mukabumi ini, seterusnya memadamkan nama ISLAM dari sekelian kamus dan kitab.

Sesungguhnya sebagai penulis, AKU tahu apa yang ditulis dengan perantara ‘kalam tulisan’ ini. AKU tidak akan menulis melainkan dengan HAQ ALLAH TA’ALA. Hanya yang sekurang-kurangnya berHakikat, akan dapat merasai betapa MENGEMBANG JUBAHNYA. Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu, apabila disebut nama ALLAH, maka akan berdiri sekelian bulu di romanya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, akan tertunduk sujud kepada Allah. Maka jika tidak berdiri roma apabila menyebut atau mendengar nama ALLAH, adalah lebih baik dilakukan diagnosis, terhadap iman dan islam yang dipakai oleh kebanyakan umat Islam. Ini adalah lebih baik dari menghalal dan mengharamkan sesuatu dengan berkiblatkan NAFSU. Bahkan ini adalah sangat lebih baik dari memerangi saudara-saudaramu di dalam UMNO, yang sama-sama memegang kalimah Tauhid dan kalimah Rasul. Tetapi PAS lebih rela mengorbankan pendekatan kerasnya terhadap UMNO selama ini, dengan bertolak ansur di dalam isu BABI demi rakan sekutu, iaitu sebuah parti, yang satu anak tangga lagi, menjadi KOMUNISSSSSS. Jika ada dendammu terhadap UMNO, Maha Suci Allah, sesungguhnya dendam, sombong dan bongkak itu adalah ‘pakaian’ Allah. Sudahlah… marilah dicari jalan tengah, jalan yang lurus yang menuju kepada Allah. Dunia ini hanya bayang-bayang, Akhiratlah sebenarnya kehidupan.

Wahai pemimpin dan ahli PAS… Takkan tak faham-faham lagi isyarat dari Presiden UMNO…. Takkan tak faham bahasa TUA. Habis nak guna bahasa apa? Nanti kalau AKU guna bahasa MUDA, kata AKU kurang ajar.

Kalau tak faham juga, kita guna bahasa TUHAN… 

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging BABI, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit/murah, mereka itu tidak memakan ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api Neraka!!! Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan Al-Kitab dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang Al-Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh. (Al-Quran/Al-Baqarah/ayat 172-176)

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepadanya saja menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging BABI dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, tetapi barang siapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih. Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah kami ceritakan dahulu kepadamu, dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Quran/An-Nahl/ayat 114-119)

Buat Mr. Cool dan Piggy Singh… Assalamualaikum

Dengan Haq Allah,

Nazz CaveMan

3 Respons

  1. Saya setuju 100%.Bahasa mudanya ada disini.

    suara-aku.blogspot.com

  2. Assalamualaikum wbt

    Sy tak berape fhm sgt dgn bhs2 yg terlalu tinggi. Tp, yg sy fhm, wlupun ALLAH melarang kita memakan daging babi, ini bukan bermakna kita boleh menafikan hak orang bukan Islam untuk memakannya. Sy tak pernah jumpa sebarang ayat dlm Al-Qur’an mahupun Hadith yg membolehkan kita memandang rendah pd babi! Babi juga hamba ALLAH. ALLAH jadikan ia sebagai ujian buat kita! bukan untuk dihina dan bukan untuk dipandang jijik. Kita cuma tidak dibenarkan memakannya dan menyentuhnya. Tentu ada hikmah kenapa ALLAH tetapkan begitu. Salah satunya, tentu untuk menilai sikap kita yg prejudis terhadap sesuatu yg sia2. Sebagai umat Islam, kita tidak pernah diminta untuk menghapuskan babi sebagai salah satu cara untuk memperoleh PAHALA, bukan? Kenapa? Tidak pernahkah kita terfikir akannya?
    ALLAH telah mengingatkan kita agar berlaku adil kepada seluruh umat manusia sama ada yg beragama Islam mahupun yg bukan. Inilah antara ujian untuk kita umat Islam sama ada kita boleh berlaku adil atau tidak dalam hal ini.
    Tindakan PAS untuk tidak menghalang usaha penternakan babi, adalah suatu tindakan yg adil kepada mereka yg bukan Islam. Rasulullah sendiri tidak pernah menghalang kegiatan penduduk bukan Islam semasa pemerintahannya. Kenapa pula kita tidak mahu mencontohi baginda dalam hal seperti ini?
    Nampaknya, terlalu banyak kekeliruan dalam masyarakat kita tentang hal ini. Sememangnya babi adalah haiwan yg dilarang sentuh dan dimakan oleh umat Islam. Tetapi, ini tidak bermakna kita boleh melarang ternakan babi oleh mereka yang bukan Islam! Selaklah semula kitab2 pengajian agama dan hadith2 berkenaan dgnnya. Jgn biarkan kejahilan kita merosakkan keindahan Islam.
    Ingatlah, semakin menuju akhir zaman, semakin ramai UMAT ISLAM sendiri yg merosakkan ISLAM.
    Ingatlah juga bahawa, yg akan berusaha membunuh Imam Mahadi, bukanlah orang kafir, tetapi didahului oleh UMAT ISLAM sendiri. Nauzubillah. Ya ALLAH, janganlah KAU jadikan kami antara orang2 yg akan menghancurkan agamaMU dgn tangan kami sendiri. Sesungguhnya, kami adalah hambaMU yg amat jahil. Oleh itu, beri petunjuklah kepada kami dan ampunkanlah kami, YA ALLAH. Amin.

  3. ~~??~~ Melaka bwh kerajaan BN.. Melaka masih banyak babi.. Dan mungkin PALING banyak babi.. So?~~??~~

    Ini bukan pasal politik ok.. Jadi anda nak salahkan siapa lagi? Salahkan SEMUA yang terlibat..

    tapi Alhamdulillah, sekurang2nya anda menyedarkan orang yang tak sedar.. Saya sokong anda..

Tinggalkan jawapan