Assalamualaikum.
Masih belum terlambat untuk mengucapkan TAKZIAH atas kehilangan takhta Kerajaan Negeri Selangor, kepada seorang yang sebelum ini berstatus Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah dengan apa yang berlaku kepada Dr. Khir Toyo. Orang yang sebelum ini di dalam kategori high flier , kini terpaksa menjadi penulis jalanan. Orang yang sebelum ini memusuhi bloggers, kini memanggilnya sebagai sahabat. Sememangnya berat untuk ditanggung. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan sabar sahaja akan dapat menempuhi ujian ini.
Pada pandangan kami yang berada di bawah, Dr. Khir masih lagi trauma dengan apa yang telah terjadi kepada diri dan kerajaannya. Langkah beliau menampilkan diri di dalam dunia penulisan blog adalah satu langkah terdesak untuk membela diri, agar tidak dipersalahkan atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor. Kesalahan tetap dituding kepada Pak Lah selaku Presiden UMNO. Kepercayaan Dr. Khir yang kononnya Pak Lah perlu melaksanakan peralihan kuasa secara tertib, seterusnya dengan cara ini, rakyat akan kembali menghormati Pak Lah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Percayalah Dr. Khir, Pak Lah bukanlah seorang yang GOBLOK untuk menerima kepercayaan orang yang mendapat sial dari penyapu. Kami rakyat Negeri Selangor, sudah tidak percaya jauh sekali yakin kepada apa yang dipercayai dan diyakini oleh Dr. Khir juga 1.5 juta kakitangan awam merasa sangat terhina dengan anugerah penyapu. Sewaktu mempunyai kedudukan dan kuasa, semua yang dilakukan adalah bertentangan dengan apa yang ditulis dilaman blognya sekarang ini. Pada waktu itu, bloggers adalah musuh. Sekarang dipanggilnya bloggers sebagai SAHABAT. Kami tidak berdendam, jauh sekali mahu membalas dendam. Tetapi, apa yang lebih baik untuk Dr. Khir lakukan sekarang ini ialah berdiam diri. Pergi cari cermin yang benar-benar adil lagi saksama dan cerminkanlah diri anda betul-betul. Takkanlah bayang-bayang Dr. Khir berupa Pak Lah? Mana Pak Lah ada makan TEMPE banyak banyak? Banyak yang perlu ditulis sekiranya kami mahu mengaibkan Dr. Khir. Kami pun ada kerja lain.
Dr. Khir Toyo…
Kami ingin bertanya kepada kamu, sewaktu di Baitullah, ada berjumpa dengan Allah Ta’ala? Jika berjumpa baguslah. Jika tidak berjumpa pun bagus juga. Maha suci Allah, bukankah Baitullah itu maknanya ‘rumah ALLAH’? Jika kamu tidak berjumpa dengan Tuan Rumah, bukanlah kamu dari golongan tetamu yang diundang. Maka, lebih baik kamu pergi semula ke Baitullah dan buat muhasabah sekali lagi. Janganlah dijaja modal ke Baitullah itu, untuk memberitahu kepada umum bahawa kamu dari golongan orang yang mendapat petunjuk. Sewaktu kamu memimpin Negeri Selangor, kamu bukanlah pemimpin kerdil. Cuma malangnya, sebagai pemimpin besar pada waktu itu, kamu dipimpin oleh NAFSU. Sesungguhnya Allah, Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Tuhan yang telah meletakkan kamu ke takhta, dan telah menurunkan kamu dari takhta itu. Seterusnya menyelamatkan rakyat Selangor dari terus dipimpin oleh NAFSU kamu. Sebelum TANGGA menimpa kamu, pergilah ke mana-mana tempat yang sunyi dan berkhalwatlah. Akuilah segala kesalahan dan dosa kamu kepada Allah Ta’ala. Belajarlah membezakan antara kehendak nafsu dan kehendak Allah. Setelah kamu dapat menjinakkan nafsu, nescaya kamu akan mendapat pentunjuk yang Haq dari Allah Ta’ala, khusus bagi diri kamu.
Sekian,
NazzCaveMan
Difailkan dalam: Umno | Tagged: Anwar Ibrahim, Harakah, Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Ku Li, Malaysia, Melayu, Najib, Pak Lah, Pas, Pendapat, PKR, Politik Malaysia, Umno
shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!
EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.
The full story is here: ckasih.blogspot.com