Kera-Kera Kerajaan BN Semakin Kelam Kabut

Assalamualaikum. Negara sangat gempar apabila Tun Dr. Mahathir bakal disiasat selepas laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan VK Linggam disiarkan. KERA-KERA yang sebelum ini bergayut pada pohon kerajaan kini semakin ketakutan kerana taufan perubahan yang melanggar Malaysia. Kalau bekas Perdana Menteri pun boleh didakwa, inikan pula pemimpin ’sial lagi bangsat’. Siapa yang pernah buat hal, berani buat berani tanggung. Mungkin ini juga sebahagian dari arahan Khairy kepada Pak Lah untuk memerangkap diri Khairy sendiri. Mungkin PKR dengan PAS nak komen.

Pak Lah walaupun sedang berdepan dengan musuh dari segenab penjuru, tetapi aku percaya, berkat tenang, segalanya akan senang. Kudoakan semoga Allah Ta’ala memberikan ketabahan dan kekuatan bagi menghadapi kelembutan dan kekerasan.

Aku dapat merasakan kenikmatan berada di bawah kepimpinan Pak Lah. Anjing dan kucing yang bergaduh pun dapat kuleraikan dengan ucapan salam sejahtera. Tetapi masalah Syaitan dan Nafsu yang sedang bertelingkah, biarlah mereka terus bertelingkah sehingga datang dari Allah Ta’ala, keputusan buat mereka. Pada masa itu, mereka akan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Dunia yang luas menjadi sempit dan tiada tempat untuk berpaut lagi.

Inilah nasib KERA-KERA yang sebelum ini kerjanya bergayut kepada kerajaan. Padan dengan muka kamu!!!!!

 

Satu Respons

  1. huhu…no komen….sy bdk kecik….

Tinggalkan jawapan