PAS nyata terkeluar dari landasan Islam jika terlalu berkira-kira dalam isu muzakarah atau muq
abalah atau apa pun istilah yang bakal disebut di masa depan. Yang penting ialah PAS bukannya ISLAM. Jelas, di dalam perjanjian Hudaibiah di mana ianya nyata berat kepada kepentingan kaum Quraisy yang masih jahiliah. Para sahabat baginda Nabi Muhammad Sollalahualaihiwasallam (s.a.), sangat tidak bersetuju dengan perjanjian ini. Antara kisah yang mahsyur berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiah ialah Kisah Abu Jandal dan Abu Basir. Mereka boleh dikatakan mangsa kepada perjanjian ini yang kisah terperincinya ulama PAS lebih maklum. PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP dan PKR demi membalas dendam kepada UMNO. Bahkan PAS lebih sanggup melayani nafsu DAP dan PKR yang ditunggangi oleh Syaitan, daripada berdamai dengan UMNO.
Dari gua ini, saya menasihatkan Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, janganlah berbaik dengan PAS. Cukuplah dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini dengan PAS. Sesombong-sombong Bangsa Israel pun, ada ruang yang mereka berikan untuk berbincang dengan HAMAS di Palestin. PAS sebenarnya lebih sombong dari Yahudi, bahkan lebih sombong dari IZZAZIL yang tidak mahu sujud kepada ADAM.
Perlu diingat, Islam adalah ‘Ad-Din’ atau pun ‘cara hidup’. PAS bukanlah satu cara hidup. Aqidah kita umat Islam adalah ‘Tauhid’. PAS bukanlah pegangan tauhid kita. PAS tidak boleh menjanjikan Syurga atau Neraka kepada sesiapa pun, kerana ianya urusan Allah. Dato’ Nik Aziz pun tidak tahu apakah beliau akhirnya ke Syurga atau Neraka atau kembali terus kepada Rabbul Izzati? Begitu juga Dato’ Seri Hadi Awang atau sesiapa jua di dalam PAS, samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Cuma kita disuruh bersangka baik sebagai satu tuntutan, sesama Umat Islam.
Seandainya berlaku sekalipun penyatuan UMNO dan PAS, ia bukanlah kehendak sesiapa melainkan kehendak Allah jua adanya. Tidak mungkin Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din atau sesiapa pun, mampu memberi syafaat kepada sesiapa pun, melainkan dengan izin Allah jua. Maka tidak perlulah diharap apa-apa lagi dari PAS. PAS sudah jauh tersesat hingga tidak dapat membezakan antara yang Haq dan yang Bathil. Pada pandangan mereka, apa yang menguntungkan PAS itulah kebenaran. Nyata PAS tertipu dengan tipu daya Syaitan. Bahkan tertipu oleh dirinya sendiri. Inilah apa yang mereka sangkakan ZUHUD tetapi sebenarnya GHURUR. Sesungguhnya, sangkaan tidak akan membawa kepada kebenaran walau sedikit pun. Tidak ada apa yang menanti mereka di hadapan melainkan azab, seandainya mereka tidak bertaubat.
Ini hanyalah pandangan saya dari gua. Hukuman sebenar adalah urusan Allah yang Maha Bijaksana. Sunnahtullah tidak akan berubah. Hanya Sunnah Muhammad yang sesuai dengan Sunnahtullah. Bukan sunnah PAS, bukan sunnah Nik Aziz, bukan sunnah Hadi Awang dan bukan sunnah-sunnah lain selain dari Sunnah Muhammad. Sekali lagi saya menyeru Pak Lah, janganlah dilayan mereka-mereka yang munafik lagi kufur kepada Allah Ta’ala, samada di dalam UMNO mahu pun di luar UMNO. Biarlah mereka menghukum diri mereka sendiri. Apa yang menjadi kewajiban Pak Lah sebagai Khalifah ialah ingatlah Allah. INGAT JANGAN LUPA, PANDANG JANGAN SILAP. Bukankah telah diambil persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah? Bukankah kita ini tidak berdaya upaya, melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung? Bukankah segala sesuatu datangnya dari Allah dan hanya kepada Allah tempat kembali? PAS masih berkira-kira tentang dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Cukuplah bagi kita Allah, Muhammad Rasulullah. Tentang kebenaran, biarlah Allah yang menentukan dan kita sama-sama menunggu janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.
Salamun Alaikum.
Difailkan dalam: Pas, Politik Malaysia, Umno | Tagged: DAP, Hadi Awang, Harakah, Islam, Khairy Jamaluddin, Mahathir, Malaysia, Melayu, Najib, Nik Aziz, Pak Lah, Pas, PKR, Politik, Politik Malaysia, Umno
Jangan cakap PAS terkeluar dari landasan ISLAM.. Orang Melayu sendiri secara keseluruhan pun dah ramai terkeluar dari landasan ISLAM.
Ini kerana mereka tidak menjadikan Al Quran sebagai panduan dan rujukan hidup.
setuju 100% PAS sekarang ni telah jauh menyimpang dari matlamat asal . Hala tuju PAS sekarang ialah kuasa dan wang bukan lagi untuk agama. PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menentang Islam dan parti Yahudi Malaysia (PKR) yang diterajui oleh kaum yang menentang Nabi Lut. Ianya ibarat lembu (PAS) tak mahu berbaik dan berkawan dengan kerbau (UMNO) sebaliknya lebih suka berteman mesra dan tinggal serumah dengan babi (DAP) dan Dubuk (Keadilan). Wahai penyokong PAS, bertaubatlah. Akhbar anda Harakah (Serakah) hanya penuh dengan perasaan dengki dan memburukkan peminpin dan UMNO. Siapalah Anwar yang kamu agung agungkan tu. Korang ada internetkan, sila buka google, taip 50 dalil dan baca serta hayati setiap huruf dan perkataan dalam tajuk 50 dalil kenapa Anwar tak boleh jadi PM
baru aku tau hanya zelmey saja yang islam dan akan masuk surga ,hampir semua orang kat malaysia ni kalu tax sokong pas dia tak ikut al-quran dan sunnah,lepas tu buat surga dan neraka sendiri untuk hukum orang…hebat ilmu mu ni zelmey…sapa tuk guru mu boleh jugak aku belajar…