
Bersempena dengan memperingati Isra’ Mikraj, Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali berganding dengan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Rantau Panjang, Klang. Apa yang menarik, ceramah ini lebih kepada pencerminan perselisihan pendapat di semua peringkat di dalam sebuah parti yang berimejkan ISLAM. Majlis yang dihadiri hampir 1000 pengikut dan penyokong PAS, sekadar menyaksikan sebuah kekeliruan, tentang siapa yang bercakap bagi pihak PAS?
Dr. Hasan Ali di dalam ceramahnya memberikan gambaran bahawa Muzakarah @ Muqabalah @ Tahapaapatah, antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang bakal direalisasikan, walaupun beliau menerima puluhan SMS dan panggilan telefon setiap hari, yang mengkritik dan mengkeji beliau. Beliau menekankan (dengan nada membela diri), bahawa bukan matlamatnya untuk menjadi MB Selangor. Juga bukan matlamat beliau untuk sesuatu yang berorientasikan DUNIAWI. Tetapi, matlamat muzakarah adalah ISLAM itu sendiri. Tekan beliau lagi, pada usia hampir 61 tahun, tidak ada apa lagi yang beliau inginkan selain, kemenangan Islam. Ini adalah satu pendirian yang agak liberal dan berlapang dada. Dr. Hasan mungkin bercakap bagi pihak Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Muzakarah.
Di dalam ceramah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, lain pula ceritanya. Tuan Ibrahim seakan akan mematahkan apa yang diperkatakan oleh Hasan Ali. Sewaktu menyentuh tentang peristiwa Isra’ Mikraj, orang yang pertama bertemu Nabi (s.a.w) selepas pulang dari Mikraj, ialah Abu Lahab. Apabila Abu Lahab diberitahu oleh Nabi sendiri tentang peristiwa Isra’ Mikraj, Abu Lahab mengumpulkan orang ramai untuk mendengar apa yang mahu diberitakan oleh Nabi. Kononnya supaya orang ramai akan mendengar sendiri dari mulut Nabi, sebuah pembohongan yang besar. Pada ketika ini, Tuan Ibrahim menggelarkan Abu Lahab sebagai Menteri Penerangan zaman Nabi. Sepatutnya, Tuan Ibrahim boleh mengambil iktibar dari peristiwa sejarah tersebut. Kalau benar apa yang digelarnya Menteri Penerangan sebagai Abu Lahab, kenapa PAS tidak mahu mengambil kesempatan atas perkara ini? Kenapa mesti Tuan Ibrahim menekankan tentang pentingnya hubungan rumahtangga PAS, DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Secara tidak langsung kenyataan beliau menafikan apa yang cuba dijelaskan oleh Hasan Ali. Ini hanya menjelaskan pendirian beliau yang taksub kepada Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat, yang sanggup tunduk kepada DAP dan PKR. (dah termakan nasi tangas agaknya?)
Kesimpulan ceramah tersebut hanyalah satu perkataan iaitu, KELIRU. Mungkinkah sejarah perang Jamal akan berulang di Malaysia? Kita tunggu dan lihat seterusnya? Sekarang di dalam PAS sudah ada 2 mazhab iaitu, Mazhab Hadi dan Mazhab Nik Aziz. Mazhab Hadi mahukan muzakarah, Mazhab Nik Aziz mahukan muqabalah. Saya percaya Ustaz Hadi lebih liberal dan ingin mengulangi sejarah HUDAIBIAH. Tetapi Tok Guru Nik Aziz mahukan sesuatu yang drastik bagi Islam. Malangnya, apa yang dicadangkan oleh Nik Aziz iaitu pembubaran UMNO dan PAS dan penubuhan parti baru, adalah seperti menempelak Hadi Awang yang mahu PAS menyertai Barisan nasional. Mana mungkin PAS dan UMNO dibubarkan seperti saranan Nik Aziz, kalau bukan tempelak beliau kepada Presiden PAS dan Presiden UMNO. Mungkin beliau diketepikan. Bagaimanapun Nik Aziz boleh berbangga kerana muzakarah ditukar kepada muqabalah.
Apa dah jadi dengan PAS ni? Islam sendiri sudah 73 jalan. PAS pulak berapa cabang? Mungkinkah akan wujud serpihan dari PAS di mana sebahagiannya menyertai UMNO di dalam BN dan sebahagian tinggal di dalam PR? Mari kita bawakan DACING @ NERACA untuk menimbang untung dan rugi UMAT ISLAM akibat tindakan PAS dan UMNO?
1. Jika PAS bersatu dengan UMNO di dalam sebuah parti baru, bererti, UMAT ISLAM yang majoritinya MELAYU menang besar di Malaysia. Dengan mengenepikan fahaman nasionalisma atau assobiyah, ISLAM menang, semua bangsa menang, bangsa Melayu Imamnya.
2. Jika PAS bersatu dengan UMNO di dalam komponen BN, Islam tetap menang. PAS mungkin berpecah, UMNO pula beralih arah. Prejudis tetap ada di antara komponen-komponen BN. Tetapi ini akan menguntungkan ISLAM jika PAS yakin sejarah Hudaibiah akan berulang di Malaysia. Jika PAS di pihak yang HAQ @ BENAR, tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bukankah sekelian yang bathil akan hilang jika hadir yang HAQ?. Apa yang perlu dikenalpasti ialah, pastikan kehendak yang hadir benar-benar dari Allah dan bukan melalui Nafsu yang ditunggangi Syaitan.
Filed under: Pas, Politik Malaysia, Umno | Tagged: Anwar Ibrahim, DAP, Hadi Awang, Harakah, Khairy Jamaluddin, Mahathir, Malaysia, Najib, Nik Aziz, Pak Lah, Pakatan Rakyat, Pas, PKR, Politik, Umno | 2 Comments »