Dr. Hasan Ali Bakal MB Selangor? Tuan Ibrahim Tuan Man Tak Bagi!!!

Bersempena dengan memperingati Isra’ Mikraj, Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali berganding dengan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Rantau Panjang, Klang. Apa yang menarik, ceramah ini lebih kepada pencerminan perselisihan pendapat di semua peringkat di dalam sebuah parti yang berimejkan ISLAM. Majlis yang dihadiri hampir 1000 pengikut dan penyokong PAS, sekadar menyaksikan sebuah kekeliruan, tentang siapa yang bercakap bagi pihak PAS?

Dr. Hasan Ali di dalam ceramahnya memberikan gambaran bahawa Muzakarah @ Muqabalah @ Tahapaapatah, antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang bakal direalisasikan, walaupun beliau menerima puluhan SMS dan panggilan telefon setiap hari, yang mengkritik dan mengkeji beliau. Beliau menekankan (dengan nada membela diri), bahawa bukan matlamatnya untuk menjadi MB Selangor. Juga bukan matlamat beliau untuk sesuatu yang berorientasikan DUNIAWI. Tetapi, matlamat muzakarah adalah ISLAM itu sendiri. Tekan beliau lagi, pada usia hampir 61 tahun, tidak ada apa lagi yang beliau inginkan selain, kemenangan Islam. Ini adalah satu pendirian yang agak liberal dan berlapang dada. Dr. Hasan mungkin bercakap bagi pihak Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Muzakarah.

Di dalam ceramah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, lain pula ceritanya. Tuan Ibrahim seakan akan mematahkan apa yang diperkatakan oleh Hasan Ali. Sewaktu menyentuh tentang peristiwa Isra’ Mikraj, orang yang pertama bertemu Nabi (s.a.w) selepas pulang dari Mikraj, ialah Abu Lahab. Apabila Abu Lahab diberitahu oleh Nabi sendiri tentang peristiwa Isra’ Mikraj, Abu Lahab mengumpulkan orang ramai untuk mendengar apa yang mahu diberitakan oleh Nabi. Kononnya supaya orang ramai akan mendengar sendiri dari mulut Nabi, sebuah pembohongan yang besar. Pada ketika ini, Tuan Ibrahim menggelarkan Abu Lahab sebagai Menteri Penerangan zaman Nabi. Sepatutnya, Tuan Ibrahim boleh mengambil iktibar dari peristiwa sejarah tersebut. Kalau benar apa yang digelarnya Menteri Penerangan sebagai Abu Lahab, kenapa PAS tidak mahu mengambil kesempatan atas perkara ini? Kenapa mesti Tuan Ibrahim menekankan tentang pentingnya hubungan rumahtangga PAS, DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Secara tidak langsung kenyataan beliau menafikan apa yang cuba dijelaskan oleh Hasan Ali. Ini hanya menjelaskan pendirian beliau yang taksub kepada Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat, yang sanggup tunduk kepada DAP dan PKR. (dah termakan nasi tangas agaknya?)

Kesimpulan ceramah tersebut hanyalah satu perkataan iaitu, KELIRU. Mungkinkah sejarah perang Jamal akan berulang di Malaysia? Kita tunggu dan lihat seterusnya? Sekarang di dalam PAS sudah ada 2 mazhab iaitu, Mazhab Hadi dan Mazhab Nik Aziz. Mazhab Hadi mahukan muzakarah, Mazhab Nik Aziz mahukan muqabalah. Saya percaya Ustaz Hadi lebih liberal dan ingin mengulangi sejarah HUDAIBIAH. Tetapi Tok Guru Nik Aziz mahukan sesuatu yang drastik bagi Islam. Malangnya, apa yang dicadangkan oleh Nik Aziz iaitu pembubaran UMNO dan PAS dan penubuhan parti baru, adalah seperti menempelak Hadi Awang yang mahu PAS menyertai Barisan nasional. Mana mungkin PAS dan UMNO dibubarkan seperti saranan Nik Aziz, kalau bukan tempelak beliau kepada Presiden PAS dan Presiden UMNO. Mungkin beliau diketepikan. Bagaimanapun Nik Aziz boleh berbangga kerana muzakarah ditukar kepada muqabalah.

Apa dah jadi dengan PAS ni? Islam sendiri sudah 73 jalan. PAS pulak berapa cabang? Mungkinkah akan wujud serpihan dari PAS di mana sebahagiannya menyertai UMNO di dalam BN dan sebahagian tinggal di dalam PR? Mari kita bawakan DACING @ NERACA untuk menimbang untung dan rugi UMAT ISLAM akibat tindakan PAS dan UMNO?

1. Jika PAS bersatu dengan UMNO di dalam sebuah parti baru, bererti, UMAT ISLAM yang majoritinya MELAYU menang besar di Malaysia. Dengan mengenepikan fahaman nasionalisma atau assobiyah, ISLAM menang, semua bangsa menang, bangsa Melayu Imamnya.

2. Jika PAS bersatu dengan UMNO di dalam komponen BN, Islam tetap menang. PAS mungkin berpecah, UMNO pula beralih arah. Prejudis tetap ada di antara komponen-komponen BN. Tetapi ini akan menguntungkan ISLAM jika PAS yakin sejarah Hudaibiah akan berulang di Malaysia. Jika PAS di pihak yang HAQ @ BENAR, tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bukankah sekelian yang bathil akan hilang jika hadir yang HAQ?. Apa yang perlu dikenalpasti ialah, pastikan kehendak yang hadir benar-benar dari Allah dan bukan melalui Nafsu yang ditunggangi Syaitan.

2 Respons

  1. salam…kupasan saudara tentang isu ini cukup baik dan saya menghormati pendapat saudara atas dasar perlembagaan persekutuan menjamin seseorang selagi tidak menyentuh isu2 yang sensitif…aperpon yang berlaku,perselisihan faham memang sentiasa terjadi,tetapi dalam kes ini,perselisihan faham ini bukanlah seperti perselisihan faham dalam UMNO,dimana secara jelasnya ISLAM HADHARI yang cuba dibawakan itu hanyalah menjadi tambahan periuk nasi sehingga ada my friends who are not muslims bertanyer,ape itu ISLAM HADHARI?…agama baru ker?…saya jelaskan mengikut aper yang dicanangkan PAK LAH,but unfortunately,saya terkesima biler maner dieorang bertanyer,BUKAN KE PAKAI TUDUNG DAN MENUTUP AURAT ITU SATU KEWAJIPAN KEPADA UMAT ISLAM?…KNAPE KAUM KERABAT PENGASAS ISLAM INI TAK PAKAI TUDUNG?…saya tersangat2 terkesima n sayer berkater begini sajer,MUNGKIN MEREKA BELUM MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH…mereka terpinga-pinga,but itu adalah jawapan yg sangat MEMALUKAN bagi seorang MUSLIM seperti SAYA!…jadi saudara,aper yang ditakutkan PAS adalah sikap belot-membelot dan tikam-menikam jika UMNO menyertai gabungan dengan PAS…saya kire saudara lebih arif berbanding sayer tentang suasana politik di MAS,but,sayer terbuka untuk menilai mana-mana parti,dan dari situ saya membuat perbandingan antara mereka…yang mana baik,saya support,but if terbukti salah,kita patut kecam mereka…jadi,saudara,komen saudara tentang PAS mmg bagus and bernas and sayer kire saudara patut suarakan dalam HARAKAH supayer saf pimpinan PAS dapat memikirkan the best resolutions for bringing and unites people with ISLAM…sayer sudah tidak nampak parti aperkah lagi yang mampu membimbing kiter seme ke arah kejayaan dunia dan akhirat di samping mendidik NONMUSLIM tentang bagusnyer ISLAM,and sayer minta saudara terbuka hati melihat usaha untuk mendaulatkan ISLAM dalam semua aspek…

    p/s:mohon maaf andai tersilap tulis…aperpon,dalam islam itu sendiri ader 3 golongan: tradisional,reformis,dan liberal…sebaik-baiknyer kiter semer menjadi golongan reformis untuk menyeimbangkan antara keperluan tradisi dan liberal…wallahualam…semoga ALLAH sentiasa bersamer kiter…

  2. saya sokong dengan adif,sampai golongan ini bertanya masuk islam ni kena masuk parti sekali ke…sejak bila Allah ada parti…lepas tu ada pulak hadari…memang pening dibuat nye…adakah islam itu menyuruh berperang sesama saudara sesama islam…atau memekik dengan perkataan bodoh,celaka dan berbagai lagi kemudian disambut dengan laungan takbirrr…kembalilah kepada islam yang suci di mana hati kita di paut dengan rasa kasih sayang sesama islam….bukan ke islam itu indah,islam itu merapakan yang berbalah,islam itu berbaik sangka sesama manusia …jadilah yang menghubungkan silaturahim ..bukan merosakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: