Iqra’ : Antara Bijak dan Pandai (bah. 1)

Aku ni memang malas betul kalau disuruh membaca. Ustaz, ustazah, cikgu dan guru-guru aku memang tahu sangat fi’il aku. Bukan malas sebab apa, kalau membaca mesti banyak salah faham aku pada apa yang mahu disampaikan. Aku lebih gemar mendengar dan melihat. Padahal ayat atau wahyu yang mula-mula turun ialah Iqra’ iaitu BACA!!! Dari ayat ini, satu persoalan timbul di dalam benak ku. Kalau yang bertanya tu nak aku jawab, aku nak yang bertanya tu jawab sendiri. Malaikat Jibril (a.s.) suruh Nabi Muhammad (s.a.w.) “BACA!!!”. Nabi jawab “Aku tidak tahu membaca”. Kemudian Jibril memeluk Nabi dan perkara ini berulang sebanyak 3 kali. Aku percaya ramai orang tahu kisah di Gua Hira’ ni.

Aku mensasarkan persoalan ini hanya kepada golongan yang mahu berfikir dan mahu menggunakan akal. Bagi yang sekadar “sami’ na wa ato’ na” (dengar dan patuh), jika kamu diperintahkan makan rumput, makan je rumput tu sekenyang-kenyangnya . Tidak menjadi kesalahan cuma jangan sampai membawa mudarat.

Bagi yang mahu menggunakan akal, ini santapan kamu… Apabila Jibril menyuruh Nabi membaca, Nabi menjawab “aku tidak tahu membaca”. Seolah-olah Jibril menunjukkan lembaran bertulis untuk Nabi baca. Jika tiada lembaran itu, mungkin Nabi akan bertanya balik kepada Jibril “Engkau mahu aku baca apa?. Mungkin ada lembaran yang ditunjukkan kepada Nabi untuk dibacanya, maka Nabi menjawab “Aku tidak tahu membaca” (tulisan itu). Maka Jibril pun membacakan lembaran tersebut iaitu surah Al-Alaq : “Bacalah, dengan Nama Tuhan mu yang menciptakan… (sampai habis)”.

Awal-awal Allah memperkenalkan diri Nya dengan asma’ Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta. Penciptaan ini adalah berkaitan dengan inovasi dan kreativiti. Berapa ramai orang yang tidak memiliki kelulusan akademik, tapi berjaya menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Berapa ramai lagi yang tidak pandai membaca tapi mampu membayar gaji pemegang Diploma, Ijazah, Master, Phd dan sebagainya. Maka, jangan dihina orang yang buta huruf kerana Nabi juga buta huruf (ummi). Juga, janganlah merasa rendah diri jika kamu tiada memiliki kelayakan akademik.

Bagi yang memegang  ijazah atau apa juga pengiktirafan akademik, yang pasti, kamu pernah belajar di UNIVERSITI. Perlu dingat, di universiti kamu hanya belajar bagaimana mahu belajar. Selepas keluar dari universiti, kamu sebenarnya baru melangkah masuk ke universiti sebenar iaitu UNIVERSE atau SEMESTA. Di universiti yang maha luas ini, guru kamu adalah diri kamu sendiri. Kitab kamu adalah diri kamu sendiri. Jika guru kamu NAFSU, maka Nafsu jugalah kitab kamu, maka kamu adalah NAFSU. Jika kamu menjadi pemimpin masyarakat, maka nafsu lah sebenar yang memerintah masyarakat itu. Bahkan lebih teruk jika guru kamu adalah SYAITAN.

Pandai bolehlah dikatakan memiliki ilmu yang banyak lagi luas. Bijak pula adalah kebolehan menggunakan ilmu tersebut. Apalah gunanya ilmu yang banyak jika pemegangnya tidak bijak menggunakan ilmu tersebut. Cukuplah sekadar mengenal sebatang “ALIF”, tapi bijak menggunakannya. (bersambung…)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: