Assalamualaikum. Minta maaf Tok Guru, cucu nak tegur sikit. Saya rasa tak salah menegur sebab Tok Guru bukannya MAKSUM. Saya tertarik dengan berita di akhbar Berita Harian 8 Julai 2008. Selepas ni sesiapa yang mahu naik pangkat, mesti kena jaga betul-betul sembahyangnya. Kalau nak pangkat besar, sembahyang kuat-kuat. Dari 5 waktu tambahkan ke 50 waktu sehari semalam. Kalau nak lebih hebat, hantuk-hantukkan kepala ke batu, biar berlekuk hitam lebih sikit, nanti dapat jadi EXCO atau yang setara dengannya. Adakah ini yang dimaksudkan oleh PAS Kelantan? Jika benar, saya rasa ini satu jenaka yang tidak sepatutnya berlaku di negeri yang diperintah oleh sebuah parti yang membawa imej ISLAM. Bahkan sebagai Umat Islam, saya merasa sangat terhina jika ini maksud sebenar PAS. Saya bukan sesiapa dan tidak perlu takut dengan kemarahan saya. Tetapi, takutlah dengan keMURKAan Allah.
Banyak implikasi moral di sini. Solat akan menjadi modal untuk membeli nikmat dunia. Fitnah berlaku terhadap Solat, sedangkan Solat adalah satu-satunya syariat yang diterima langsung dari Allah Ta’ala, oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sewaktu Mikraj. PAS Kelantan mesti mengkaji semula perkara ini sebelum ianya menjadi barah kepada Ummah, yang sudah pun berada pada tahap moral yang sangat rendah.
Bukan niat saya untuk menghina sesiapa, tetapi keghairahan untuk menyolek dan menghias PAS dengan imej ISLAM, sebenarnya semakin menjadikan Islam itu nampak HODOH. Solat bukanlah perkara main-main. Solat adalah jalan kembali Haq Allah kepada Sang Empunya iaitu Allah Ta’ala sendiri. Syariat Solat bukan untuk dipertonton atau dijadikan modal untuk membeli nikmat dunia. “Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu lebih besar”. Jika begini cara PAS, saya menyeru segeralah PAS berTAUBAT kepada Allah. Orang Mukmin dan Muslim yang benar-benar ingin kembali ke Rahmatullah dengan jalan Solat, kelak akan dikatakan mahu kenaikan pangkat. BUKANKAH INI FITNAH??? Bertaubatlah, sebelum sampai ketentuan Allah Ta’ala yang dijanjikan. Sekiranya azab sudah di depan mata, janganlah disalahkan sesiapa pun kerana pintu taubat sudah tertutup. Salahkanlah diri sendiri.
NazzCaveMan
Filed under: DAP, Harakah, Malaysia, Melayu, Pak Lah, Pas, Pendapat, PKR, Politik Malaysia, Umno | Tagged: Che Det, DAP, Hadi Awang, Islam, Khairy Jamaluddin, Ku Li, Melayu, Najib, Nik Aziz, Pak Lah, Pas, PKR, Politik Malaysia, Umno | 12 Comments »