KARPAL SINGH : Pahlawan Melayu Berbangsa Sikh

Setelah sekian lama tidak menulis, rindu pula rasanya mahu menulis. Terlalu banyak isu sebelum ini yang mahu aku kupas, malangnya aku tidak cukup  masa untuk semua ini. Terima kasih di atas sokongan pembaca yang meniupkan semangat untuk aku terus berkata-kata melalui kalam tulisan.

Isu Karpal Singh yang mahu menyaman Ke Bawah Duli Sultan Perak memang panas. Bukan sebarang orang yang Karpal mahu saman iaitu seorang mantan hakim besar di Malaysia yang kini merupakan Sultan Perak. Maka, Karpal adalah seorang yang berani melakukan anjakan paradigma di dalam bidang perundangan Malaysia. Bukan itu sahaja, Karpal juga berani mengambil risiko menaikkan kemarahan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Samada Karpal sengaja atau tidak, beliau telah berjaya menaikkan semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk mencintai Raja mereka. Raja atau Sultan yang menjadi payung kepada sistem pemerintahan Malaysia. Bukan sahaja orang Melayu yang membuat laporan Polis terhadap Karpal, tetapi diikuti oleh semua bangsa rakyat Malaysia. Inilah keunikan Malaysia yang dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

Inilah kehebatan Karpal. Seorang peguam yang hebat juga ahli politik yang tidak mudah terperangkap di dalam emosi sendiri. Aku sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia, mengucapkan terima kasih kepada Karpal kerana telah berjaya membangkitkan semangat bangsa Melayu dan semangat Malaysia. Sebagai penyokong UMNO, aku juga mengucapkan terima kasih kepada Karpal kerana membantu UMNO menutup beberapa isu dalaman UMNO seperti politik wang, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa menjelang pemilihan UMNO Mac depan.  Juga babak ini berjaya membuatkan rakyat lupa bahawa harga minyak dunia kini sudah turun kepada USD36 seBarrel. Ini secara tidak langsung, memberi bonus kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selain dari itu, Karpal juga telah berjaya menggegarkan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya  PKR yang menjadi tiang seri PR. Orang Melayu PKR pun seperti juga orang UMNO. Orang Melayu tipikal yang susah mahu dibentuk pada suhu dan tekanan atmosfera normal. Orang Melayu hanya boleh dibentuk dengan mudah apabila suhu ditingkatkan dan tekanan dinaikkan. Karpal mungkin secara tidak sengaja telah tertekan butang yang berjaya menaikkan suhu dan tekanan tersebut. Maka orang Melayu yang lalai dan leka berpolitik mendapat isyarat tersebut. Inilah jadinya…..

Terima kasih Karpal Singh.

PAK LAH : Hamba Bertakhta

Assalamualaikum sekelian pembaca yang budiman. Hampir sebulan saya sudah lama tidak menulis di Blog ini. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Idul Fitr kepada yang benar-benar sampai ke FITRAHNYA dan Selamat Hari Raya kepada yang merayakannya. Saya mohon kemaafan atas segala keterlanjuran saya menulis di Blog ini. Kalau tidak mahu memaafkan pun tidak mengapa, cukuplah bagiku ALLAH.

Bersempena dengan pengisytiharan Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatannya, saya telah menciptakan sebuah lagu berjudul Hamba Bertakhta. Lagu ini saya tujukan khas untuk Pak Lah dan mereka-mereka yang HADHIR. Bagi yang belum hadhir, fahamilah agar tidak sewenang-wenangnya menghukum dengan Nafsu. http://www.youtube.com/watch?v=XSso_u6EUaw Nikmatilah kelaZATannya. Karya dari dalam sebuah GUA…

NazzCaveMan

Anwar Ibrahim !!! Ini Jalan Keluar Bagi Kamu!!!

Bersempena dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh, aku terpanggil untuk mencadangkan satu perkara, ke arah penyelesaian terbaik bagi kemelut politik peribadi kamu dan kami rakyat Malaysia keseluruhannya. Satu dunia sedang memerhatikan Malaysia. Kamu adalah HERO kepada drama ini manakala Pak Lah dan UMNO keseluruhannya sebagai penjahat. Gelaran ‘SIVAJI’ yang kamu pegang, mengingatkan aku kepada sebuah filem Hindustan, mengisahkan hal politik di Utara India. Kisah seorang wartawan yang berpeluang menjadi Ketua Menteri (CM) selama 24 jam. Beliau berjaya menjadi CM sebenar setelah menyertai pilihanraya seterusnya. Akhirnya beliau berjaya membunuh bekas CM di pejabatnya dengan menembak dirinya sendiri dan mencampakkan senjata itu kepada bekas CM tadi. Kemudian, pengawal dipanggil dan melepaskan tembakan ke arah bekas CM yang memegang senjata api.

Maka aku mencadangkan agar kamu mengupah seorang ‘penembak tepat’ untuk menembak bahu kamu, seolah-olah ada cubaan membunuh Anwar ‘Sivaji’ Ibrahim. Sudah pasti seluruh dunia akan memberi fokus dan simpati kepada kamu. Apa yang lebih penting, pengundi Permatang Pauh akan mengundi kamu tanpa ragu-ragu. Seterusnya kamu akan menang di Permatang Pauh dengan majoriti yang sangat tinggi, seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kamu idam-idamkan selama ini. Pasti 16 September 2008 akan mencipta sejarah baru Malaysia. Seandainya kamu kalah, kamu boleh menyalahkan Pak Lah atau Najib kerana mengupah penembak tepat. Begitu juga sekiranya kamu gagal membentuk kerajaan baru pada 16 September ini, kamu ada alasan yang sangat relevan untuk dipersembahkan kepada penyokong, pengikut, penaja, musuh, rakyat Malaysia dan warga dunia keseluruhannya.

Maka, aku rasa ini adalah satu pakej cadangan terbaik untuk kamu fikirkan. Cuma perlu diingat, penembak tepat tersebut hanya mempunyai satu peluang sahaja. Jika tersasar, kamu mungkin bertemu ajal di situ. Bahkan jika kamu bertemu ajal pun, mungkin itu lebih baik kerana kamu ini tiada kerja lain selain memecahbelahkan rakyat Malaysia. Mungkin kematian kamu akan dapat menyatukan kembali rakyat Malaysia, dan kamu akan dikenang sebagai PAHLAWAN.

Mati mesti mati. Semua orang akan mati. Cuma bezanya, bagaimana seseorang itu mati. Kamu fikir-fikirkanlah cadangan ini semasak-masaknya wahai ANWAR ‘SIVAJI’ IBRAHIM !!!!!!!!!

NazzCaveMan

DEBAT Anwar-Shabery Tidak Boleh Dibatalkan

Assalamualaikum. Untuk Selanjutnya sila klik http://umnokapar.blogspot.com/

USTAZ HADI JATUH SAKIT

K.Trengganu 10 Apr’ 08.  Di dalam kehangatan perbahasan berkenaan isu BABI di Selangor, Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz  Abdul Hadi Awang, mendapat serangan strok ringan. Perkara ini dikatakan sangat berkait rapat kerana sumber mengingatkan bahawa, beliau pernah berkata “Badwi di Arab bela unta, Badwi di Malaysia bela babi”. Apa yang menyebabkan beliau jatuh sakit adalah, kerana terperanjat dengan kemelut PAS Selangor, yang menjilat semula apa yang pernah diludahnya. Akhirnya beliau terpaksa mencari dalil baru untuk merasionalkan kesilapan yang telah berlaku di Selangor. Sepanjang perbahasan isu berkenaan di media, beliau dan Murshidul Am PAS, Dato’ Seri Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, belum lagi mengeluarkan apa-apa komen mahupun fatwa.

Berikutan dengan keputusan Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru memerintah, barisan exco yang mewakili PAS di dalam Perikatan Rakyat, telah menyokong untuk meluluskan pusat pemeliharaan BABI moden di Sepang. Perkara ini yang sepatutnya dirahsiakan demi menjaga sensitiviti umat Islam, terbongkar setelah Theresa Kok yang mewakili DAP mengumumkannya melalui laman blog beliau, samada disebabkan oleh kegelojohan beliau atau sengaja mahu memerangkap PAS ke dalam kemelut ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Selangor yang baru, rancangan ini telah pun diluluskan oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor baru-baru ini. Menurut sumber, apa yang membingungkan rakyat ialah, adakah kerajaan PR suatu sinambungan kepada kerajaan BN? “Kami mengharapkan perubahan seperti menutup kilang arak, kedai judi dan pusat-pusat maksiat di Negeri Selangor. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bahkan ladang BABI yang lebih besar pula mahu diwujudkan” kata En. Suleyman Akhlamenn ketua PAS cawangan Kampung Pinang Tiga Batang.

Seorang lagi ketua cawangan PAS yang mahu identitinya dirahsiakan mempersoalkan, “kenapa PAS Selangor tidak menentang cadangan ini, kerana ianya bukan sahaja akan mencalar, bahkan akan menjatuhkan imej PAS, yang selama ini memperjuangkan ISLAM”. Beliau yang kelihatan agak emosi menambah, “sebenarnya PAS telah terperangkap di dalam jebak DAP dan PKR.  Apabila DAP mendapat kemenangan buat pengikutnya, PAS pula terkial-kial mencari rasional kepada akibat kejengkelan PAS Selangor yang mungkin masih agak terperanjat. Akhirnya apa yang pernah diludah oleh Ustaz Hadi Awang terpaksa dijilat semula oleh pengikut-pengikutnya yang taksub memBABI buta”. (sumber berita reufer.comb)