PAS Terkeluar Dari Landasan Islam

PAS nyata terkeluar dari landasan Islam jika terlalu berkira-kira dalam isu muzakarah atau muqabalah atau apa pun istilah yang bakal disebut di masa depan. Yang penting ialah PAS bukannya ISLAM. Jelas, di dalam perjanjian Hudaibiah di mana ianya nyata berat kepada kepentingan kaum Quraisy yang masih jahiliah. Para sahabat baginda Nabi Muhammad Sollalahualaihiwasallam (s.a.), sangat tidak bersetuju dengan perjanjian ini. Antara kisah yang mahsyur berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiah ialah Kisah Abu Jandal dan Abu Basir. Mereka boleh dikatakan mangsa kepada perjanjian ini yang kisah terperincinya ulama PAS lebih maklum. PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP dan PKR demi membalas dendam kepada UMNO. Bahkan PAS lebih sanggup melayani nafsu DAP dan PKR yang ditunggangi oleh Syaitan, daripada berdamai dengan UMNO.

Dari gua ini, saya menasihatkan Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, janganlah berbaik dengan PAS. Cukuplah dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini dengan PAS. Sesombong-sombong Bangsa Israel pun, ada ruang yang mereka berikan untuk berbincang dengan HAMAS di Palestin. PAS sebenarnya lebih sombong dari Yahudi, bahkan lebih sombong dari IZZAZIL yang tidak mahu sujud kepada ADAM.

Perlu diingat, Islam adalah ‘Ad-Din’ atau pun ‘cara hidup’. PAS bukanlah satu cara hidup. Aqidah kita umat Islam adalah ‘Tauhid’. PAS bukanlah pegangan tauhid kita. PAS tidak boleh menjanjikan Syurga atau Neraka kepada sesiapa pun, kerana ianya urusan Allah. Dato’ Nik Aziz pun tidak tahu apakah beliau akhirnya ke Syurga atau Neraka atau kembali terus kepada Rabbul Izzati? Begitu juga Dato’ Seri Hadi Awang atau sesiapa jua di dalam PAS, samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Cuma kita disuruh bersangka baik sebagai satu tuntutan, sesama Umat Islam.

Seandainya berlaku sekalipun penyatuan UMNO dan PAS, ia bukanlah kehendak sesiapa melainkan kehendak Allah jua adanya. Tidak mungkin Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din atau sesiapa pun, mampu memberi syafaat kepada sesiapa pun, melainkan dengan izin Allah jua. Maka tidak perlulah diharap apa-apa lagi dari PAS. PAS sudah jauh tersesat hingga tidak dapat membezakan antara yang Haq dan yang Bathil. Pada pandangan mereka, apa yang menguntungkan PAS itulah kebenaran. Nyata PAS tertipu dengan tipu daya Syaitan. Bahkan tertipu oleh dirinya sendiri. Inilah apa yang mereka sangkakan ZUHUD tetapi sebenarnya GHURUR. Sesungguhnya, sangkaan tidak akan membawa kepada kebenaran walau sedikit pun. Tidak ada apa yang menanti mereka di hadapan melainkan azab, seandainya mereka tidak bertaubat.

Ini hanyalah pandangan saya dari gua. Hukuman sebenar adalah urusan Allah yang Maha Bijaksana. Sunnahtullah tidak akan berubah. Hanya Sunnah Muhammad yang sesuai dengan Sunnahtullah. Bukan sunnah PAS, bukan sunnah Nik Aziz, bukan sunnah Hadi Awang dan bukan sunnah-sunnah lain selain dari Sunnah Muhammad. Sekali lagi saya menyeru Pak Lah, janganlah dilayan mereka-mereka yang munafik lagi kufur kepada Allah Ta’ala, samada di dalam UMNO mahu pun di luar UMNO. Biarlah mereka menghukum diri mereka sendiri. Apa yang menjadi kewajiban Pak Lah sebagai Khalifah ialah ingatlah Allah. INGAT JANGAN LUPA, PANDANG JANGAN SILAP. Bukankah telah diambil persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah? Bukankah kita ini tidak berdaya upaya, melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung? Bukankah segala sesuatu datangnya dari Allah dan hanya kepada Allah tempat kembali?  PAS masih berkira-kira tentang dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Cukuplah bagi kita Allah, Muhammad Rasulullah. Tentang kebenaran, biarlah Allah yang menentukan dan kita sama-sama menunggu janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

Salamun Alaikum.

PAS Menyertai UMNO Dalam BN?

Alangkah indahnya Islam. Apakah ertinya keindahan itu jika isinya HAMPA. seterusnya http://umnokapar.blogspot.com/

DEBAT Anwar-Shabery Tidak Boleh Dibatalkan

Assalamualaikum. Untuk Selanjutnya sila klik http://umnokapar.blogspot.com/

PAS Kelantan Buat LAWAK Sejagat !!!

Assalamualaikum. Minta maaf Tok Guru, cucu nak tegur sikit. Saya rasa tak salah menegur sebab Tok Guru bukannya MAKSUM. Saya tertarik dengan berita di akhbar Berita Harian 8 Julai 2008. Selepas ni sesiapa yang mahu naik pangkat, mesti kena jaga betul-betul sembahyangnya. Kalau nak pangkat besar, sembahyang kuat-kuat. Dari 5 waktu tambahkan ke 50 waktu sehari semalam. Kalau nak lebih hebat, hantuk-hantukkan kepala ke batu, biar berlekuk hitam lebih sikit, nanti dapat jadi EXCO atau yang setara dengannya. Adakah ini yang dimaksudkan oleh PAS Kelantan? Jika benar, saya rasa ini satu jenaka yang tidak sepatutnya berlaku di negeri yang diperintah oleh sebuah parti yang membawa imej ISLAM. Bahkan sebagai Umat Islam, saya merasa sangat terhina jika ini maksud sebenar PAS. Saya bukan sesiapa dan tidak perlu takut dengan kemarahan saya. Tetapi, takutlah dengan keMURKAan Allah.

Banyak implikasi moral di sini. Solat akan menjadi modal untuk membeli nikmat dunia. Fitnah berlaku terhadap Solat, sedangkan Solat adalah satu-satunya syariat yang diterima langsung dari Allah Ta’ala, oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sewaktu Mikraj. PAS Kelantan mesti mengkaji semula perkara ini sebelum ianya menjadi barah kepada Ummah, yang sudah pun berada pada tahap moral yang sangat rendah.

Bukan niat saya untuk menghina sesiapa, tetapi keghairahan untuk menyolek dan menghias PAS dengan imej ISLAM, sebenarnya semakin menjadikan Islam itu nampak HODOH. Solat bukanlah perkara main-main. Solat adalah jalan kembali Haq Allah kepada Sang Empunya iaitu Allah Ta’ala sendiri. Syariat Solat bukan untuk dipertonton atau dijadikan modal untuk membeli nikmat dunia. “Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu lebih besar”. Jika begini cara PAS, saya menyeru segeralah PAS berTAUBAT kepada Allah. Orang Mukmin dan Muslim yang benar-benar ingin kembali ke Rahmatullah dengan jalan Solat, kelak akan dikatakan mahu kenaikan pangkat. BUKANKAH INI FITNAH??? Bertaubatlah, sebelum sampai ketentuan Allah Ta’ala yang dijanjikan. Sekiranya azab sudah di depan mata, janganlah disalahkan sesiapa pun kerana pintu taubat sudah tertutup. Salahkanlah diri sendiri.

NazzCaveMan

ANWAR AGEN ZIONIS@REPUBLIKAN?

Sebuah kupasan (teori 3 dimensi). Layari:  http://umnokapar.blogspot.com/

ANWAR MELIWAT MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM

Anwar meliwat Saiful? atau Sukma? atau Dr. Munawar? Sebenarnya Anwar meliwat Malaysia dan dunia Islam (sebuah teori 3 dimensi). Kupasan lanjut di http://umnokapar.blogspot.com/

ANWAR BENAR BENAR MELIWAT?

Kenapa setiap kali negara ditimpa masalah ekonomi, Anwar dituduh meliwat? Tahun 1998, kegawatan ekonomi di mana Ringgit merudum, Anwar dituduh meliwat 2 lubang bontot iaitu, lubang bontot Sukma Darmawan dan Dr. Munawar Anes. Kini tahun 2008, kegawatan harga minyak yang meningkat tinggi, Anwar dituduh pula meliwat lubang bontot Saiful. Siapa punya angkara melakukan FITNAH ini, jika Anwar tidak melakukannya? Jika kes 1998, Anwar didapati bersalah, tetapi kebebasan sistem kehakiman negara dipertikai dan teruk dikritik. Kini, keadaan sudah pun berubah. Sistem kehakiman sudah dibaikpulih. BPR sudah ditingkatkan integritinya. Siapa yang berani membayar Saiful untuk mengaku diliwat oleh Anwar? Ikuti kupasan NazzCaveMan menerusi 3 sudut pandangan, didalam 3 bahagian, berkenaan isu sensasi ini. Layari http://umnokapar.blogspot.com/

Kera-Kera Kerajaan BN Semakin Kelam Kabut

Assalamualaikum. Negara sangat gempar apabila Tun Dr. Mahathir bakal disiasat selepas laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan VK Linggam disiarkan. KERA-KERA yang sebelum ini bergayut pada pohon kerajaan kini semakin ketakutan kerana taufan perubahan yang melanggar Malaysia. Kalau bekas Perdana Menteri pun boleh didakwa, inikan pula pemimpin ‘sial lagi bangsat’. Siapa yang pernah buat hal, berani buat berani tanggung. Mungkin ini juga sebahagian dari arahan Khairy kepada Pak Lah untuk memerangkap diri Khairy sendiri. Mungkin PKR dengan PAS nak komen.

Pak Lah walaupun sedang berdepan dengan musuh dari segenab penjuru, tetapi aku percaya, berkat tenang, segalanya akan senang. Kudoakan semoga Allah Ta’ala memberikan ketabahan dan kekuatan bagi menghadapi kelembutan dan kekerasan.

Aku dapat merasakan kenikmatan berada di bawah kepimpinan Pak Lah. Anjing dan kucing yang bergaduh pun dapat kuleraikan dengan ucapan salam sejahtera. Tetapi masalah Syaitan dan Nafsu yang sedang bertelingkah, biarlah mereka terus bertelingkah sehingga datang dari Allah Ta’ala, keputusan buat mereka. Pada masa itu, mereka akan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Dunia yang luas menjadi sempit dan tiada tempat untuk berpaut lagi.

Inilah nasib KERA-KERA yang sebelum ini kerjanya bergayut kepada kerajaan. Padan dengan muka kamu!!!!!

 

PAS : Sebuah Parti Islam bersekongkol dalam kerajaan Pakatan Rasuah (PR)

Assalamualaikum. Bertemu lagi di lebaran terkini dariku. Kali ini aku menukar gantinama dari ‘kami’ kepada ‘aku’. (Harap maklum)

PAS sebuah parti siasah yang berasaskan Islam kini dalam dilema yang lebih teruk. Selepas terperangkap di kandang babi Selangor baru-baru ini, kini terpaksa membela seorang bapak rasuah iaitu Anwar Ibrahim. Dengan optimis lagi mendahului Allah Ta’ala, Anwar mengumumkan bahawa 16 September 2008 akan menyaksikan Malaysia bertukar kerajaan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rasuah (PR). Mana tidaknya rasuah, jika sandaran kepada kenyataan ini adalah sogokan wang kepada wakil-wakil rakyat BN yang diharap dapat melompat parti dari BN ke PR. Maka jika berlakupun perubahan ini, kerajaan yang bakal dibentuk adalah di atas asas rasuah yang paling hebat dalam sejarah Masyarakat Madani. Kerajaan inilah yang dinamakan kerajaan PAKATAN RASUAH (PR). Anggota kerajaannya pula adalah dari kumpulan manusia yang martabatnya lebih hina dari haiwan yang paling hina (babi?). Aku menyeru agar PAS segera mengisytiharkan keluar dari pakatan ini. Anwar semakin terdesak dan sudah jauh tergelincir dari titian siratulmustaqim.

Tidak perlu lagi Salehuddin Ayub dalam ragu-ragu mengeluarkan kenyataan untuk membela Anwar. PKR dan Anwar sebenarnya adalah pesuruh kepada Republikan dan Zionis. Anwar berhempas pulas memastikan kerajaan BN tumbang sebelum Oktober. Kejatuhan BN di Malaysia, adalah tiket kepada Republikan untuk melobi Arab Saudi meningkatkan pengeluaran minyak. Seterusnya Amerika Syarikat akan melanggar Iran bahkan Syria, sebagai satu political mileage yang akan memastikan penguasaan Republikan di dalam Rumah Putih. Sedangkan dasar Barack Hussein Obama (Demokrat) yang mahu menarik tentera AS dari bumi Afghan/Iraq, juga dasarnya yang mahu berunding dengan ketua pengganas dijadikan senda gurau Republikan.

Israel adalah kumpulan yang sangat bimbang jika Barack melangkah ke Rumah Putih. Israel akan ditimpa musibah yang besar jika perkara ini berlaku. Maka mereka telah dan sedang membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar bagi memastikan Barack tidak ke Rumah Putih. Barack Obama sedar risiko yang diambilnya termasuk risiko ditembak mati seperti Martin Luther King Jr (1968). Wang itu termasuklah perbelanjaan plot meruntuhkan kerajaan BN di Malaysia. Ini disebabkan kerajaan Malaysia sangat berpengaruh di dalam OIC, OPEC bahkan melampaui Liga Arab. Pengiktirafan dan layanan istimewa oleh Universiti Al Azhar Mesir, meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani. Saudi tidak boleh membuat sesuka hati di dalam isu pengeluaran dan harga minyak. Sedikit kesilapan akan mendedahkan kerajaan Bani Saud kepada rampasan kuasa dan huru hara. Setelah 3 kali merayu Saudi dalam masa 5 bulan, GW Bush semakin tertekan. Kini, harapan besar diletakkan di bahu Anwar Ibrahim sebagai wakil Repulikan juga Zionis untuk menjayakan misi tersebut. Keruntuhan BN di Malaysia adalah lampu hijau kepada Republikan.

Aku menyeru PAS agar segera bertaubat dan bersatu dengan UMNO di dalam BN. Sudah terang lagi bersuluh, Anwar sedang memimpin ke jurang api Neraka. Minyak adalah senjata Orang Islam dan doa adalah senjata Orang Beriman. Aku sekadar menyeru seterusnya petunjuk adalah urusan Allah Rabbulizzati. Fikirkanlah…

Dr. KHIR TOYO; Tidak Cukup Jatuh Mahu Ditimpa Tangga?

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan TAKZIAH atas kehilangan takhta Kerajaan Negeri Selangor, kepada seorang yang sebelum ini berstatus Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah dengan apa yang berlaku kepada Dr. Khir Toyo.  Orang yang sebelum ini di dalam kategori high flier , kini terpaksa menjadi penulis jalanan. Orang yang sebelum ini memusuhi bloggers, kini memanggilnya sebagai sahabat. Sememangnya berat untuk ditanggung. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan sabar sahaja akan dapat menempuhi ujian ini.

Pada pandangan kami yang berada di bawah, Dr. Khir masih lagi trauma dengan apa yang telah terjadi kepada diri dan kerajaannya. Langkah beliau menampilkan diri di dalam dunia penulisan blog adalah satu langkah terdesak untuk membela diri, agar tidak dipersalahkan atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor. Kesalahan tetap dituding kepada Pak Lah selaku Presiden UMNO. Kepercayaan Dr. Khir yang kononnya Pak Lah perlu melaksanakan peralihan kuasa secara tertib, seterusnya dengan cara ini, rakyat akan kembali menghormati Pak Lah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Percayalah Dr. Khir, Pak Lah bukanlah seorang yang GOBLOK untuk menerima kepercayaan orang yang mendapat sial dari penyapu. Kami rakyat Negeri Selangor, sudah tidak percaya jauh sekali yakin kepada apa yang dipercayai dan diyakini oleh Dr. Khir juga 1.5 juta kakitangan awam merasa sangat terhina dengan anugerah penyapu. Sewaktu mempunyai kedudukan dan kuasa, semua yang dilakukan adalah bertentangan dengan apa yang ditulis dilaman blognya sekarang ini. Pada waktu itu, bloggers adalah musuh. Sekarang dipanggilnya bloggers sebagai SAHABAT. Kami tidak berdendam, jauh sekali mahu membalas dendam. Tetapi, apa yang lebih baik untuk Dr. Khir lakukan sekarang ini ialah berdiam diri. Pergi cari cermin yang benar-benar adil lagi saksama dan cerminkanlah diri anda betul-betul. Takkanlah bayang-bayang Dr. Khir berupa Pak Lah? Mana Pak Lah ada makan TEMPE banyak banyak? Banyak yang perlu ditulis sekiranya kami mahu mengaibkan Dr. Khir. Kami pun ada kerja lain.

Dr. Khir Toyo…

Kami ingin bertanya kepada kamu, sewaktu di Baitullah, ada berjumpa dengan Allah Ta’ala? Jika berjumpa baguslah. Jika tidak berjumpa pun bagus juga. Maha suci Allah, bukankah Baitullah itu maknanya ‘rumah ALLAH’? Jika kamu tidak berjumpa dengan Tuan Rumah, bukanlah kamu dari golongan tetamu yang diundang. Maka, lebih baik kamu pergi semula ke Baitullah dan buat muhasabah sekali lagi. Janganlah dijaja modal ke Baitullah itu, untuk memberitahu kepada umum bahawa kamu dari golongan orang yang mendapat petunjuk. Sewaktu kamu memimpin Negeri Selangor, kamu bukanlah pemimpin kerdil. Cuma malangnya, sebagai pemimpin besar pada waktu itu, kamu dipimpin oleh NAFSU. Sesungguhnya Allah, Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Tuhan yang telah meletakkan kamu ke takhta, dan telah menurunkan kamu dari takhta itu. Seterusnya menyelamatkan rakyat Selangor dari terus dipimpin oleh NAFSU kamu. Sebelum TANGGA menimpa kamu, pergilah ke mana-mana tempat yang sunyi dan berkhalwatlah. Akuilah segala kesalahan dan dosa kamu kepada Allah Ta’ala. Belajarlah membezakan antara kehendak nafsu dan kehendak Allah. Setelah kamu dapat menjinakkan nafsu, nescaya kamu akan mendapat pentunjuk yang Haq dari Allah Ta’ala, khusus bagi diri kamu.

Sekian,

NazzCaveMan