KARPAL SINGH : Pahlawan Melayu Berbangsa Sikh

Setelah sekian lama tidak menulis, rindu pula rasanya mahu menulis. Terlalu banyak isu sebelum ini yang mahu aku kupas, malangnya aku tidak cukup  masa untuk semua ini. Terima kasih di atas sokongan pembaca yang meniupkan semangat untuk aku terus berkata-kata melalui kalam tulisan.

Isu Karpal Singh yang mahu menyaman Ke Bawah Duli Sultan Perak memang panas. Bukan sebarang orang yang Karpal mahu saman iaitu seorang mantan hakim besar di Malaysia yang kini merupakan Sultan Perak. Maka, Karpal adalah seorang yang berani melakukan anjakan paradigma di dalam bidang perundangan Malaysia. Bukan itu sahaja, Karpal juga berani mengambil risiko menaikkan kemarahan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Samada Karpal sengaja atau tidak, beliau telah berjaya menaikkan semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk mencintai Raja mereka. Raja atau Sultan yang menjadi payung kepada sistem pemerintahan Malaysia. Bukan sahaja orang Melayu yang membuat laporan Polis terhadap Karpal, tetapi diikuti oleh semua bangsa rakyat Malaysia. Inilah keunikan Malaysia yang dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

Inilah kehebatan Karpal. Seorang peguam yang hebat juga ahli politik yang tidak mudah terperangkap di dalam emosi sendiri. Aku sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia, mengucapkan terima kasih kepada Karpal kerana telah berjaya membangkitkan semangat bangsa Melayu dan semangat Malaysia. Sebagai penyokong UMNO, aku juga mengucapkan terima kasih kepada Karpal kerana membantu UMNO menutup beberapa isu dalaman UMNO seperti politik wang, rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa menjelang pemilihan UMNO Mac depan.  Juga babak ini berjaya membuatkan rakyat lupa bahawa harga minyak dunia kini sudah turun kepada USD36 seBarrel. Ini secara tidak langsung, memberi bonus kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selain dari itu, Karpal juga telah berjaya menggegarkan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya  PKR yang menjadi tiang seri PR. Orang Melayu PKR pun seperti juga orang UMNO. Orang Melayu tipikal yang susah mahu dibentuk pada suhu dan tekanan atmosfera normal. Orang Melayu hanya boleh dibentuk dengan mudah apabila suhu ditingkatkan dan tekanan dinaikkan. Karpal mungkin secara tidak sengaja telah tertekan butang yang berjaya menaikkan suhu dan tekanan tersebut. Maka orang Melayu yang lalai dan leka berpolitik mendapat isyarat tersebut. Inilah jadinya…..

Terima kasih Karpal Singh.

ANWAR IBRAHIM bakal Presiden USA!!!

Begitulah kehebatan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah berjaya dengan penuh kecemerlangan, kegemilangan lagi keterbilangan, mempermainkan pemimpin dan pengikut PAS, DAP, PKR, rakyat Malaysia dan warga dunia, dengan imaginasinya yang hebat. Alasan gagal mengambilalih Kerajaan Malaysia akan ditolak kepada Pak Lah. Pak Lah akan dituduh sebagai tidak mahu melepaskan jawatan PM dan menggunakan MAGERAN. Anwar akan terselamat bahkan tidak akan berhenti setakat itu. Sebuah imaginasi baru akan muncul… Anwar bakal melangkah ke White House sebagai Presiden US yang ke 45 selepas Barack Obama. Tarikh baru yang disasarkan ialah 11 September 2009. Ini bersempena dengan tarikh kejatuhan WTC. Anwar bakal menerima sokongan dari pelobi-pelobi Republikan yang gagal menobatkan Mc Cain sebagai Presiden. Ini bakal dilakukan dengan melobi Demokrat agar mengadakan undi tidak percaya terhadap Obama yang merupakan Presiden ke 44 dan yang pertama mencatat sejarah sebagai Presiden dari golongan African American.

Anwar juga dikatakan antara orang yang sangat kecewa apabila bank pelaburan US Lehman Brothers runtuh. Isu ini adalah senjata pemusnah kepada kegagalan dasar ekonomi Republikan yang lemah. Kejatuhan Lehman Brothers yang diasaskan pada 1850, bakal diikuti oleh beberapa bank lain di US dan negara lain jika tiada campurtangan pihak kerajaan. Kejatuhan Lehman Brothers bererti kejatuhan Republikan, kejatuhan Republikan bererti kejatuhan Anwar dan sekutunya di Malaysia. Termasuk sebuah parti yang bertopengkan Islam. Namun harapan baru ANWAR BAKAL PRESIDEN USA, akan dapat mengalas kekecewaan syaitan dan nafsu yang bertopengkan ISLAM. Apa yang nak dikecohkan, syaitan dan nafsu pun Haq Allah Ta’ala juga. Betul tak Tok Guru???

Bangun Bang….. Sahur!!! Suara lunak isteriku mengejutkan aku tidur di pagi 16 September 2008… Aduh! mimpi rupanya!!! Aku tersenyum sendiri mengingatkan mimpiku tadi. Siapakah yang bermimpi? Aku? Anwar? Pak Lah? Nik Aziz? PR? BN? atau Rakyat Malaysia? Sememangnya hidup ini adalah mimpi. Semua bakal terjaga di Yaumul Qiamah (Hari kebangkitan). Kita sama-sama tungguuuuuuu……

NazzCaveMan

Anwar Ibrahim !!! Ini Jalan Keluar Bagi Kamu!!!

Bersempena dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh, aku terpanggil untuk mencadangkan satu perkara, ke arah penyelesaian terbaik bagi kemelut politik peribadi kamu dan kami rakyat Malaysia keseluruhannya. Satu dunia sedang memerhatikan Malaysia. Kamu adalah HERO kepada drama ini manakala Pak Lah dan UMNO keseluruhannya sebagai penjahat. Gelaran ‘SIVAJI’ yang kamu pegang, mengingatkan aku kepada sebuah filem Hindustan, mengisahkan hal politik di Utara India. Kisah seorang wartawan yang berpeluang menjadi Ketua Menteri (CM) selama 24 jam. Beliau berjaya menjadi CM sebenar setelah menyertai pilihanraya seterusnya. Akhirnya beliau berjaya membunuh bekas CM di pejabatnya dengan menembak dirinya sendiri dan mencampakkan senjata itu kepada bekas CM tadi. Kemudian, pengawal dipanggil dan melepaskan tembakan ke arah bekas CM yang memegang senjata api.

Maka aku mencadangkan agar kamu mengupah seorang ‘penembak tepat’ untuk menembak bahu kamu, seolah-olah ada cubaan membunuh Anwar ‘Sivaji’ Ibrahim. Sudah pasti seluruh dunia akan memberi fokus dan simpati kepada kamu. Apa yang lebih penting, pengundi Permatang Pauh akan mengundi kamu tanpa ragu-ragu. Seterusnya kamu akan menang di Permatang Pauh dengan majoriti yang sangat tinggi, seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kamu idam-idamkan selama ini. Pasti 16 September 2008 akan mencipta sejarah baru Malaysia. Seandainya kamu kalah, kamu boleh menyalahkan Pak Lah atau Najib kerana mengupah penembak tepat. Begitu juga sekiranya kamu gagal membentuk kerajaan baru pada 16 September ini, kamu ada alasan yang sangat relevan untuk dipersembahkan kepada penyokong, pengikut, penaja, musuh, rakyat Malaysia dan warga dunia keseluruhannya.

Maka, aku rasa ini adalah satu pakej cadangan terbaik untuk kamu fikirkan. Cuma perlu diingat, penembak tepat tersebut hanya mempunyai satu peluang sahaja. Jika tersasar, kamu mungkin bertemu ajal di situ. Bahkan jika kamu bertemu ajal pun, mungkin itu lebih baik kerana kamu ini tiada kerja lain selain memecahbelahkan rakyat Malaysia. Mungkin kematian kamu akan dapat menyatukan kembali rakyat Malaysia, dan kamu akan dikenang sebagai PAHLAWAN.

Mati mesti mati. Semua orang akan mati. Cuma bezanya, bagaimana seseorang itu mati. Kamu fikir-fikirkanlah cadangan ini semasak-masaknya wahai ANWAR ‘SIVAJI’ IBRAHIM !!!!!!!!!

NazzCaveMan

Dr. Hasan Ali Bakal MB Selangor? Tuan Ibrahim Tuan Man Tak Bagi!!!

Bersempena dengan memperingati Isra’ Mikraj, Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali berganding dengan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Rantau Panjang, Klang. Apa yang menarik, ceramah ini lebih kepada pencerminan perselisihan pendapat di semua peringkat di dalam sebuah parti yang berimejkan ISLAM. Majlis yang dihadiri hampir 1000 pengikut dan penyokong PAS, sekadar menyaksikan sebuah kekeliruan, tentang siapa yang bercakap bagi pihak PAS?

Dr. Hasan Ali di dalam ceramahnya memberikan gambaran bahawa Muzakarah @ Muqabalah @ Tahapaapatah, antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang bakal direalisasikan, walaupun beliau menerima puluhan SMS dan panggilan telefon setiap hari, yang mengkritik dan mengkeji beliau. Beliau menekankan (dengan nada membela diri), bahawa bukan matlamatnya untuk menjadi MB Selangor. Juga bukan matlamat beliau untuk sesuatu yang berorientasikan DUNIAWI. Tetapi, matlamat muzakarah adalah ISLAM itu sendiri. Tekan beliau lagi, pada usia hampir 61 tahun, tidak ada apa lagi yang beliau inginkan selain, kemenangan Islam. Ini adalah satu pendirian yang agak liberal dan berlapang dada. Dr. Hasan mungkin bercakap bagi pihak Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Muzakarah.

Di dalam ceramah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, lain pula ceritanya. Tuan Ibrahim seakan akan mematahkan apa yang diperkatakan oleh Hasan Ali. Sewaktu menyentuh tentang peristiwa Isra’ Mikraj, orang yang pertama bertemu Nabi (s.a.w) selepas pulang dari Mikraj, ialah Abu Lahab. Apabila Abu Lahab diberitahu oleh Nabi sendiri tentang peristiwa Isra’ Mikraj, Abu Lahab mengumpulkan orang ramai untuk mendengar apa yang mahu diberitakan oleh Nabi. Kononnya supaya orang ramai akan mendengar sendiri dari mulut Nabi, sebuah pembohongan yang besar. Pada ketika ini, Tuan Ibrahim menggelarkan Abu Lahab sebagai Menteri Penerangan zaman Nabi. Sepatutnya, Tuan Ibrahim boleh mengambil iktibar dari peristiwa sejarah tersebut. Kalau benar apa yang digelarnya Menteri Penerangan sebagai Abu Lahab, kenapa PAS tidak mahu mengambil kesempatan atas perkara ini? Kenapa mesti Tuan Ibrahim menekankan tentang pentingnya hubungan rumahtangga PAS, DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat? Secara tidak langsung kenyataan beliau menafikan apa yang cuba dijelaskan oleh Hasan Ali. Ini hanya menjelaskan pendirian beliau yang taksub kepada Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat, yang sanggup tunduk kepada DAP dan PKR. (dah termakan nasi tangas agaknya?)

Kesimpulan ceramah tersebut hanyalah satu perkataan iaitu, KELIRU. Mungkinkah sejarah perang Jamal akan berulang di Malaysia? Kita tunggu dan lihat seterusnya? Sekarang di dalam PAS sudah ada 2 mazhab iaitu, Mazhab Hadi dan Mazhab Nik Aziz. Mazhab Hadi mahukan muzakarah, Mazhab Nik Aziz mahukan muqabalah. Saya percaya Ustaz Hadi lebih liberal dan ingin mengulangi sejarah HUDAIBIAH. Tetapi Tok Guru Nik Aziz mahukan sesuatu yang drastik bagi Islam. Malangnya, apa yang dicadangkan oleh Nik Aziz iaitu pembubaran UMNO dan PAS dan penubuhan parti baru, adalah seperti menempelak Hadi Awang yang mahu PAS menyertai Barisan nasional. Mana mungkin PAS dan UMNO dibubarkan seperti saranan Nik Aziz, kalau bukan tempelak beliau kepada Presiden PAS dan Presiden UMNO. Mungkin beliau diketepikan. Bagaimanapun Nik Aziz boleh berbangga kerana muzakarah ditukar kepada muqabalah.

Apa dah jadi dengan PAS ni? Islam sendiri sudah 73 jalan. PAS pulak berapa cabang? Mungkinkah akan wujud serpihan dari PAS di mana sebahagiannya menyertai UMNO di dalam BN dan sebahagian tinggal di dalam PR? Mari kita bawakan DACING @ NERACA untuk menimbang untung dan rugi UMAT ISLAM akibat tindakan PAS dan UMNO?

1. Jika PAS bersatu dengan UMNO di dalam sebuah parti baru, bererti, UMAT ISLAM yang majoritinya MELAYU menang besar di Malaysia. Dengan mengenepikan fahaman nasionalisma atau assobiyah, ISLAM menang, semua bangsa menang, bangsa Melayu Imamnya.

2. Jika PAS bersatu dengan UMNO di dalam komponen BN, Islam tetap menang. PAS mungkin berpecah, UMNO pula beralih arah. Prejudis tetap ada di antara komponen-komponen BN. Tetapi ini akan menguntungkan ISLAM jika PAS yakin sejarah Hudaibiah akan berulang di Malaysia. Jika PAS di pihak yang HAQ @ BENAR, tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Bukankah sekelian yang bathil akan hilang jika hadir yang HAQ?. Apa yang perlu dikenalpasti ialah, pastikan kehendak yang hadir benar-benar dari Allah dan bukan melalui Nafsu yang ditunggangi Syaitan.

ANWAR AGEN ZIONIS@REPUBLIKAN?

Sebuah kupasan (teori 3 dimensi). Layari:  http://umnokapar.blogspot.com/

ANWAR MELIWAT MALAYSIA DAN DUNIA ISLAM

Anwar meliwat Saiful? atau Sukma? atau Dr. Munawar? Sebenarnya Anwar meliwat Malaysia dan dunia Islam (sebuah teori 3 dimensi). Kupasan lanjut di http://umnokapar.blogspot.com/

Kera-Kera Kerajaan BN Semakin Kelam Kabut

Assalamualaikum. Negara sangat gempar apabila Tun Dr. Mahathir bakal disiasat selepas laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan VK Linggam disiarkan. KERA-KERA yang sebelum ini bergayut pada pohon kerajaan kini semakin ketakutan kerana taufan perubahan yang melanggar Malaysia. Kalau bekas Perdana Menteri pun boleh didakwa, inikan pula pemimpin ‘sial lagi bangsat’. Siapa yang pernah buat hal, berani buat berani tanggung. Mungkin ini juga sebahagian dari arahan Khairy kepada Pak Lah untuk memerangkap diri Khairy sendiri. Mungkin PKR dengan PAS nak komen.

Pak Lah walaupun sedang berdepan dengan musuh dari segenab penjuru, tetapi aku percaya, berkat tenang, segalanya akan senang. Kudoakan semoga Allah Ta’ala memberikan ketabahan dan kekuatan bagi menghadapi kelembutan dan kekerasan.

Aku dapat merasakan kenikmatan berada di bawah kepimpinan Pak Lah. Anjing dan kucing yang bergaduh pun dapat kuleraikan dengan ucapan salam sejahtera. Tetapi masalah Syaitan dan Nafsu yang sedang bertelingkah, biarlah mereka terus bertelingkah sehingga datang dari Allah Ta’ala, keputusan buat mereka. Pada masa itu, mereka akan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Dunia yang luas menjadi sempit dan tiada tempat untuk berpaut lagi.

Inilah nasib KERA-KERA yang sebelum ini kerjanya bergayut kepada kerajaan. Padan dengan muka kamu!!!!!

 

Dr. KHIR TOYO; Tidak Cukup Jatuh Mahu Ditimpa Tangga?

Assalamualaikum.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan TAKZIAH atas kehilangan takhta Kerajaan Negeri Selangor, kepada seorang yang sebelum ini berstatus Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah dengan apa yang berlaku kepada Dr. Khir Toyo.  Orang yang sebelum ini di dalam kategori high flier , kini terpaksa menjadi penulis jalanan. Orang yang sebelum ini memusuhi bloggers, kini memanggilnya sebagai sahabat. Sememangnya berat untuk ditanggung. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan sabar sahaja akan dapat menempuhi ujian ini.

Pada pandangan kami yang berada di bawah, Dr. Khir masih lagi trauma dengan apa yang telah terjadi kepada diri dan kerajaannya. Langkah beliau menampilkan diri di dalam dunia penulisan blog adalah satu langkah terdesak untuk membela diri, agar tidak dipersalahkan atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor. Kesalahan tetap dituding kepada Pak Lah selaku Presiden UMNO. Kepercayaan Dr. Khir yang kononnya Pak Lah perlu melaksanakan peralihan kuasa secara tertib, seterusnya dengan cara ini, rakyat akan kembali menghormati Pak Lah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Percayalah Dr. Khir, Pak Lah bukanlah seorang yang GOBLOK untuk menerima kepercayaan orang yang mendapat sial dari penyapu. Kami rakyat Negeri Selangor, sudah tidak percaya jauh sekali yakin kepada apa yang dipercayai dan diyakini oleh Dr. Khir juga 1.5 juta kakitangan awam merasa sangat terhina dengan anugerah penyapu. Sewaktu mempunyai kedudukan dan kuasa, semua yang dilakukan adalah bertentangan dengan apa yang ditulis dilaman blognya sekarang ini. Pada waktu itu, bloggers adalah musuh. Sekarang dipanggilnya bloggers sebagai SAHABAT. Kami tidak berdendam, jauh sekali mahu membalas dendam. Tetapi, apa yang lebih baik untuk Dr. Khir lakukan sekarang ini ialah berdiam diri. Pergi cari cermin yang benar-benar adil lagi saksama dan cerminkanlah diri anda betul-betul. Takkanlah bayang-bayang Dr. Khir berupa Pak Lah? Mana Pak Lah ada makan TEMPE banyak banyak? Banyak yang perlu ditulis sekiranya kami mahu mengaibkan Dr. Khir. Kami pun ada kerja lain.

Dr. Khir Toyo…

Kami ingin bertanya kepada kamu, sewaktu di Baitullah, ada berjumpa dengan Allah Ta’ala? Jika berjumpa baguslah. Jika tidak berjumpa pun bagus juga. Maha suci Allah, bukankah Baitullah itu maknanya ‘rumah ALLAH’? Jika kamu tidak berjumpa dengan Tuan Rumah, bukanlah kamu dari golongan tetamu yang diundang. Maka, lebih baik kamu pergi semula ke Baitullah dan buat muhasabah sekali lagi. Janganlah dijaja modal ke Baitullah itu, untuk memberitahu kepada umum bahawa kamu dari golongan orang yang mendapat petunjuk. Sewaktu kamu memimpin Negeri Selangor, kamu bukanlah pemimpin kerdil. Cuma malangnya, sebagai pemimpin besar pada waktu itu, kamu dipimpin oleh NAFSU. Sesungguhnya Allah, Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Tuhan yang telah meletakkan kamu ke takhta, dan telah menurunkan kamu dari takhta itu. Seterusnya menyelamatkan rakyat Selangor dari terus dipimpin oleh NAFSU kamu. Sebelum TANGGA menimpa kamu, pergilah ke mana-mana tempat yang sunyi dan berkhalwatlah. Akuilah segala kesalahan dan dosa kamu kepada Allah Ta’ala. Belajarlah membezakan antara kehendak nafsu dan kehendak Allah. Setelah kamu dapat menjinakkan nafsu, nescaya kamu akan mendapat pentunjuk yang Haq dari Allah Ta’ala, khusus bagi diri kamu.

Sekian,

NazzCaveMan

 

NAFSU PAS HAMPIR MENGHARUSKAN BABI !!! APA KATA ALLAH???

Isu BABI yang menjadi begitu hangat lagi mendidih, telah meletakkan PAS di dalam keadaan yang sangat tersepit. Nasihat buat pemimpin dan pengikut PAS, kembalilah kepada Allah dan Rasul. Pemimpin PAS wajib menasihati dan menyeru kepada pengikutnya tentang hakikat hidup sebagai insan, yang mahu mengabdikan diri kepada Sang Pencipta Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dari apa yang dilaungkan di dalam takbir kamu, yang tiada berserta HAKIKAT. Penulisan  ini bukan untuk mencari siapa salah dan siapa yang benar. Penulisan ini hanyalah demi KEBENARAN. Jika mahu mengaku kepada umum itu sangat berat, tetapi cukuplah sekadar mengaku kepada Allah Ta’ala. Tetapi kenalkah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS kepada Allah yang sangat hampir dengan setiap manusia, lebih hampir dari urat leher manusia itu sendiri? Atau adakah hanya sekadar mengetahui kewujudan Allah, tetapi tidak mengenali yang sebenar-benarnya ‘Si’ yang bernama ALLAH? Pasti ada yang sampai kepada HAKIKAT seterusnya MAKRIFAT. Adalah menjadi tanggungan kepada yang sudah sampai untuk, menyampaikan kepada yang belum sampai. Cukup hanya dengan seruan dan kiasan, seterusnya petunjuk adalah urusan Allah. Malah seruan dan kiasan itu pun Haq Allah jua adanya. Jika tidak, apa yang telah dibudayakan malah disolek-solek dan diberi nama dengan nama Islam, sebenarnya adalah satu pembohongan bahkan FITNAH yang sangat besar terhadap ISLAM. Bukankah ini lebih dahsyat dari membunuh sekelian umat Islam di atas mukabumi ini, seterusnya memadamkan nama ISLAM dari sekelian kamus dan kitab.

Sesungguhnya sebagai penulis, AKU tahu apa yang ditulis dengan perantara ‘kalam tulisan’ ini. AKU tidak akan menulis melainkan dengan HAQ ALLAH TA’ALA. Hanya yang sekurang-kurangnya berHakikat, akan dapat merasai betapa MENGEMBANG JUBAHNYA. Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu, apabila disebut nama ALLAH, maka akan berdiri sekelian bulu di romanya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah, akan tertunduk sujud kepada Allah. Maka jika tidak berdiri roma apabila menyebut atau mendengar nama ALLAH, adalah lebih baik dilakukan diagnosis, terhadap iman dan islam yang dipakai oleh kebanyakan umat Islam. Ini adalah lebih baik dari menghalal dan mengharamkan sesuatu dengan berkiblatkan NAFSU. Bahkan ini adalah sangat lebih baik dari memerangi saudara-saudaramu di dalam UMNO, yang sama-sama memegang kalimah Tauhid dan kalimah Rasul. Tetapi PAS lebih rela mengorbankan pendekatan kerasnya terhadap UMNO selama ini, dengan bertolak ansur di dalam isu BABI demi rakan sekutu, iaitu sebuah parti, yang satu anak tangga lagi, menjadi KOMUNISSSSSS. Jika ada dendammu terhadap UMNO, Maha Suci Allah, sesungguhnya dendam, sombong dan bongkak itu adalah ‘pakaian’ Allah. Sudahlah… marilah dicari jalan tengah, jalan yang lurus yang menuju kepada Allah. Dunia ini hanya bayang-bayang, Akhiratlah sebenarnya kehidupan.

Wahai pemimpin dan ahli PAS… Takkan tak faham-faham lagi isyarat dari Presiden UMNO…. Takkan tak faham bahasa TUA. Habis nak guna bahasa apa? Nanti kalau AKU guna bahasa MUDA, kata AKU kurang ajar.

Kalau tak faham juga, kita guna bahasa TUHAN… 

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging BABI, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit/murah, mereka itu tidak memakan ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api Neraka!!! Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan Al-Kitab dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang Al-Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh. (Al-Quran/Al-Baqarah/ayat 172-176)

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepadanya saja menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging BABI dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, tetapi barang siapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih. Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah kami ceritakan dahulu kepadamu, dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Quran/An-Nahl/ayat 114-119)

Buat Mr. Cool dan Piggy Singh… Assalamualaikum

Dengan Haq Allah,

Nazz CaveMan

BARRACK HUSSEIN OBAMA Jr. – Kelahiran Hari Jumaat

Barrack Hussein Obama Jr, satu nama yang tiba-tiba muncul di arena politik dunia. Beliau yang pada Ogos ini akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-47, merupakan seorang peguam lulusan Harvard Law School. Beliau masih memerlukan kira-kira 396 lagi pencalonan Demokrat, bagi melayakkannya bertanding sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS), November ini, menentang calon Republikan John Mc Cain. Apa yang menarik, Obama adalah kelahiran hari Jumaat. Menurut kitab ‘Bintang 12’, kelahiran hari Jumaat adalah dari golongan yang mempunyai kelebihan pada penglihatannya. Kekuatannya terletak pada air dan angkanya ialah 6. Perwatakannya adalah bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Nama Barrack adalah dari perkataan Arab yang membawa maksud BAROKAH atau keberkatan. Nama Hussein yang berada di tengah nama beliau, adalah nama cucunda Rasulullah (s.a.w) dan simbolik kepada kepada umat Islam sedunia, agar mendoakan kemenangannya sehingga beliau berjaya melangkah ke Rumah Putih, seterusnya memerintah AS dan dunia. Manakala Obama pula tidak berapa pasti.

Beliau diibaratkan sebagai jelmaan mendiang Martin Luther King Jr. oleh mereka yang percayakan reincarnation. Sebagai African America (AA), beliau setakat ini dapat memungkinkan impian King Jr, supaya AS diperintah oleh seorang AA. Impian ini telah dirakamkan kira-kira 40 tahun yang lalu. Biarpun Obama tahu, beliau berisiko untuk menerima nasib yang sama seperti King Jr, tetapi slogan hikmatnya CHANGE, yang pertama kali dilaungkan di tempat, di mana Abraham Lincoln memulakan langkah sebagai Presiden AS, memberikan Obama keberanian untuk terus melangkah. Semoga beliau berjaya.

Berbalik kepada Kitab Bintang 12, kelahiran hari Jumaat anasirnya adalah AIR. Jumaat itu sendiri adalah hari perhimpunan dan Sabtu adalah hari penyempurnaan manakala anasirnya BUMI atau TANAH. Jumaat dekat dengan Khamis dan Sabtu. Khamis anasirnya ANGIN. Orang yang lahir pada hari khamis tidak boleh mendampingi Obama secara dekat. Dikhuatiri ribut dan taufan akan berlaku. Sebaik-baiknya kelahiran hari Sabtu dan Ahad. Hari Ahad anasirnya LANGIT atau AWAN. Hari Isnin anasirnya BUNGA, Selasa pula API dan Rabu anasirnya DAUN. Obama memerlukan kelahiran hari Sabtu sebagai asas kedudukan atau acuannya, kelahiran hari Ahad sebagai mediator, kelahiran Isnin sebagai promoter, kelahiran Selasa sebagai provocator, kelahiran Rabu sebagai resourcer dan kelahiran Khamis sebagai attacker.

Ini adalah perhitungan di dalam kitab Bintang 12 yang perlu diikutinya sebagai tertib. Walau apa pun pegangan dan pendirian Obama, beliau dikenali sebagai seorang yang tenang dan sangat berhati-hati. Penganalisis menjangkakan, sekiranya beliau berjaya memasuki White House, AS akan menarik semula ketumbukan tenteranya di Iraq dan Afghanistan, kecuali squad Elite yang akan membantu kerajaan Iraq dan Afghanistan mencapai kestabilan politik masing-masing. Harga minyak dunia dijangka turun, seterusnya planet ini akan menjadi tempat yang selamat untuk didiami. Beliau yang pernah tinggal di Jakarta selama hampir 5 tahun, dijangka akan mendapat laluan mudah ke White House sekiranya beliau berjaya memenangi pencalonan Demokrat.

Berhubung dengan politik Malaysia, Perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini kebanyakannya kelahiran hari Ahad kecuali Tunku Abdul Rahman (Isnin) dan Tun Razak (Sabtu). PAK LAH yang lahir pada hari AHAD (26 Nov. 1939) adalah orang yang sangat effisien sebagai perantara antara AS dan Dunia Islam. Bagaimana pun, Pak Lah memerlukan kekuatan angin iaitu kelahiran hari Khamis untuk menggerakkannya. Maka Pak Lah dijangka bakal mendapat satu suntikan semangat baru selepas November 2008, jika dan hanya jika Obama berjaya menjadi PRESIDEN AS. Orang yang dilahirkan pada hari Ahad mempunyai perwatakan pendiam dan lebih suka memendam rasa. Bagaimanapun Ahad dari perkataan WAHID bermaksud SATU. Kelahiran hari Ahad adalah yang paling sesuai sebagai penaung dan kekuatannya pada angka 5. Hari Ahad adalah yang baik untuk memulakan sesuatu perkara baru, kerana Ahad adalah hari bermulanya SUNNATULLAH, hari di mana detik pertama masa bermula dan YANG awal-awal lagi ulung-ulung dijadikan ‘JADI’ dengan kehendak DZAT yang bernama ALLAH. Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.

Maka, tidak perlulah Pak Lah bimbang kepada tentangan di luar dan di dalam UMNO. Anggaplah mereka mereka ini nyamuk atau agas. Begitu juga dengan cabaran globalisasi, tiada apa yang perlu digeruni kerana kita bertuhankan TUHAN YANG MAHA AGUNG. Mereka kebanyakannya tahu kewujudan Allah, tetapi mereka tidak kenal siapa sebenarnya ALLAH. Teruskanlah memerintah dengan HAQ. Kami adalah tentera-tentera Allah yang akan bertindak sejurus kami mendapat isyarat JIHAD. Senjata kami hanyalah HAQQUL YAKIN.

Dengan HAQ ALLAH TAA’LA, marilah kita bertakbir…

ALLAH HU AKBAR…ALLAH HU AKBAR…ALLAH HU AKBAR…WALILLA HIL HAMD.

(NazzCaveMan)