Mr. Barrack H Obama II : Good Luck

Assalamualaimum to Mr. Barrack Hussein Obama II

From Malaysia, I would like to wish you a very good luck for this coming US Presidential Election.

I pray to The Almighty GOD, may you will be the one who selected to lead the United State of America.

From far away I could feel that you are the next President of USA.

From far away, I could smell peace of the entire human race, under your administration.

From far away, I could taste the flavour of the entire world economic prosperity under your leadership.

Oh Allah.. Please bless Barack Hussein Obama with victory.

Oh Allah… Please guide Barack Hussein Obama to the kindness.

Oh Allah… Please give Barrack Hussein Obama strength to lead US and entire world.

Oh Allah… Please protect Barrack Hussein Obama from enemies and enviers.

Amein…

 

Nazzcaveman

Advertisements

Melayu Dan Islam diPECAH PERINTAH ?

Kenyataan berani MCA mempertikai 30% ekuiti Melayu adalah suatu penghinaan kepada UMNO. Berikutan perlantikan bukan Melayu ke jawatan Pengurus PKNS oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, MCA mengecaman Dato’ Dr. Hassan Ali dan menganggap kenyataan mantan MB Selangor Dato’ Seri Dr. Khir Toyo sebagai tidak bertanggungjawab. Pada hakikatnya isu-isu tersebut, menzahirkan wajah sebenar MCA, yang terdesak berikutan berkurangaya sokongan kaum Cina. Tarian MCA dan Gerakan sangat sesuai dengan gendang yang dimainkan oleh DAP. Pada masa yang sama, DAP masih perlu menjaga hati PAS dengan melapikkan kenyataannya ” bantahan PAS kerana salah faham, tetapi berniat baik”. Ini kerana DAP masih bergantung kepada PAS dan mahu terus mengambil kesempatan di atas rasa benci dan dendam kepada UMNO. DAP perlu sedar, PAS bukannya jahil untuk tersalah faham, jauh sekali PAS mahu meriak-riakkan niat baiknya. PAS sangat memahami isu ini bahkan melihat dari seluruh perspektif sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Sebenarnya PAS sangat memahami sejarah dan tahu di mana dasarnya. Tidak perlulah DAP menobatkan diri sebagai pendamai antara Melayu PKR dan Melayu PAS, sedangkan pada masa yang sama menyanyi berduet dengan MCA. Cukuplah DAP memerangkap PAS dikandang babinya  sewaktu mengambilalih pemerintahan Negeri Selangor. Sejauh ini juga, Melayu PAS dan PKR masih dibawah telunjuk Cina DAP.

Di pihak BN, Cina sudah berani mempertikai pemimpin dan dasar Melayu UMNO manakala di pihak PR, Cina DAP masih terpaksa menjaga hati Melayu PAS dan PKR. Inilah dilema Melayu semasa. Melayu merasakan dirinya memerintah sedangkan Melayu sedang diPECAH-PERINTAH. Jika dasar UMNO/BN menindas Cina, siapa yang paling banyak mengambil untung atas sikap tolak ansur dan lebih kurang UMNO selama ini? Jika UMNO membuli parti komponen lain di dalam BN, adakah dasar UMNO selama ini menjadikan Melayu memegang lebih 60% ekuiti negara dan menjadikan Cina sebuah bangsa yang melarat di Malaysia?

Cina samada MCA atau DAP perlu sedar bahawa, UMNO telah mengenepikan anak kandungnya Melayu, demi anak-anak angkatnya Cina, India dan lain-lain. Atas sebab itulah, maka ramai Melayu yang meminggirkan UMNO sekarang ini. Jika benar berdiri atas semangat BN, MCA sepatutnya membela UMNO sewaktu UMNO dikatakan sedang sakit tenat. Tetapi semangat BN digunakan MCA untuk mengenepikan UMNO apabila Cina DAP mendapat peluang di dalam PR. Sedangkan UMNO menyanggah tindakan PKR. MCA perlu ingat bahawa Khir Toyo itu adalah sebahagian dari UMNO. Adakah MCA bercakap atas dasar semangat BN atau semangat Cina??? Walaupun di dalam UMNO dan sesama Melayu ada pertelingkahan sesama sendiri, tetapi MCA, Gerakan dan DAP perlu sedar bahawa UMNO, PAS dan sebahagian PKR adalah ORANG MELAYU UMAT ISLAM. Perlu diingat bahawa PAS dan PKR itu sendiri berasal dari UMNO.

Sebenarnya, semangat BN hanya tinggal slogan. Semangat itu sudah tidak berjasad lagi. Semangat BN sedang digugat oleh rasa tamak sesetengah pihak di dalam BN sendiri. Ketamakan yang menyentuh hakmilik pihak lain. Pada masa yang sama semangat perkauman atau dengan perkataan yang lebih lembut, semangat keBANGSAan masing-masing di dalam BN sedang mendadak naik. Semua ini akan mencetuskan semula api perkauman, sekiranya rasional bertukar kepada emosional. Sudah kedengaran suara di dalam UMNO untuk mengenepikan lambang DACING pada PRU-13. Masing-masing parti komponen di dalam BN, disaran bertanding menggunakan lambang parti masing-masing, seperti yang dipraktikkan di dalam PR. Ini mungkin tidak dapat dielakkan lagi jika Melayu PAS dan PKR(sebahagian atau keseluruhan), bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO samada dengan atau tanpa syarat. Sememangnya fenomena ini bakal menjadi mimpi ngeri kepada Cina dan kaum-kaum lain, yang cuba mencabar Melayu. Tetapi jika itu SURATAN yang mahu disempurnakan menjadi TAKDIR, Melayu Islam di Malaysia tidak ada pilihan kecuali… TAKBIR!!!

Apa guna hidup jika bergari, alang-alang mati biar berdiri.

NazzCaveMan

PAS Terkeluar Dari Landasan Islam

PAS nyata terkeluar dari landasan Islam jika terlalu berkira-kira dalam isu muzakarah atau muqabalah atau apa pun istilah yang bakal disebut di masa depan. Yang penting ialah PAS bukannya ISLAM. Jelas, di dalam perjanjian Hudaibiah di mana ianya nyata berat kepada kepentingan kaum Quraisy yang masih jahiliah. Para sahabat baginda Nabi Muhammad Sollalahualaihiwasallam (s.a.), sangat tidak bersetuju dengan perjanjian ini. Antara kisah yang mahsyur berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiah ialah Kisah Abu Jandal dan Abu Basir. Mereka boleh dikatakan mangsa kepada perjanjian ini yang kisah terperincinya ulama PAS lebih maklum. PAS lebih rela bersekongkol dengan DAP dan PKR demi membalas dendam kepada UMNO. Bahkan PAS lebih sanggup melayani nafsu DAP dan PKR yang ditunggangi oleh Syaitan, daripada berdamai dengan UMNO.

Dari gua ini, saya menasihatkan Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, janganlah berbaik dengan PAS. Cukuplah dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini dengan PAS. Sesombong-sombong Bangsa Israel pun, ada ruang yang mereka berikan untuk berbincang dengan HAMAS di Palestin. PAS sebenarnya lebih sombong dari Yahudi, bahkan lebih sombong dari IZZAZIL yang tidak mahu sujud kepada ADAM.

Perlu diingat, Islam adalah ‘Ad-Din’ atau pun ‘cara hidup’. PAS bukanlah satu cara hidup. Aqidah kita umat Islam adalah ‘Tauhid’. PAS bukanlah pegangan tauhid kita. PAS tidak boleh menjanjikan Syurga atau Neraka kepada sesiapa pun, kerana ianya urusan Allah. Dato’ Nik Aziz pun tidak tahu apakah beliau akhirnya ke Syurga atau Neraka atau kembali terus kepada Rabbul Izzati? Begitu juga Dato’ Seri Hadi Awang atau sesiapa jua di dalam PAS, samada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Cuma kita disuruh bersangka baik sebagai satu tuntutan, sesama Umat Islam.

Seandainya berlaku sekalipun penyatuan UMNO dan PAS, ia bukanlah kehendak sesiapa melainkan kehendak Allah jua adanya. Tidak mungkin Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Din atau sesiapa pun, mampu memberi syafaat kepada sesiapa pun, melainkan dengan izin Allah jua. Maka tidak perlulah diharap apa-apa lagi dari PAS. PAS sudah jauh tersesat hingga tidak dapat membezakan antara yang Haq dan yang Bathil. Pada pandangan mereka, apa yang menguntungkan PAS itulah kebenaran. Nyata PAS tertipu dengan tipu daya Syaitan. Bahkan tertipu oleh dirinya sendiri. Inilah apa yang mereka sangkakan ZUHUD tetapi sebenarnya GHURUR. Sesungguhnya, sangkaan tidak akan membawa kepada kebenaran walau sedikit pun. Tidak ada apa yang menanti mereka di hadapan melainkan azab, seandainya mereka tidak bertaubat.

Ini hanyalah pandangan saya dari gua. Hukuman sebenar adalah urusan Allah yang Maha Bijaksana. Sunnahtullah tidak akan berubah. Hanya Sunnah Muhammad yang sesuai dengan Sunnahtullah. Bukan sunnah PAS, bukan sunnah Nik Aziz, bukan sunnah Hadi Awang dan bukan sunnah-sunnah lain selain dari Sunnah Muhammad. Sekali lagi saya menyeru Pak Lah, janganlah dilayan mereka-mereka yang munafik lagi kufur kepada Allah Ta’ala, samada di dalam UMNO mahu pun di luar UMNO. Biarlah mereka menghukum diri mereka sendiri. Apa yang menjadi kewajiban Pak Lah sebagai Khalifah ialah ingatlah Allah. INGAT JANGAN LUPA, PANDANG JANGAN SILAP. Bukankah telah diambil persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah? Bukankah kita ini tidak berdaya upaya, melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung? Bukankah segala sesuatu datangnya dari Allah dan hanya kepada Allah tempat kembali?  PAS masih berkira-kira tentang dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Cukuplah bagi kita Allah, Muhammad Rasulullah. Tentang kebenaran, biarlah Allah yang menentukan dan kita sama-sama menunggu janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

Salamun Alaikum.

PAS Kelantan Buat LAWAK Sejagat !!!

Assalamualaikum. Minta maaf Tok Guru, cucu nak tegur sikit. Saya rasa tak salah menegur sebab Tok Guru bukannya MAKSUM. Saya tertarik dengan berita di akhbar Berita Harian 8 Julai 2008. Selepas ni sesiapa yang mahu naik pangkat, mesti kena jaga betul-betul sembahyangnya. Kalau nak pangkat besar, sembahyang kuat-kuat. Dari 5 waktu tambahkan ke 50 waktu sehari semalam. Kalau nak lebih hebat, hantuk-hantukkan kepala ke batu, biar berlekuk hitam lebih sikit, nanti dapat jadi EXCO atau yang setara dengannya. Adakah ini yang dimaksudkan oleh PAS Kelantan? Jika benar, saya rasa ini satu jenaka yang tidak sepatutnya berlaku di negeri yang diperintah oleh sebuah parti yang membawa imej ISLAM. Bahkan sebagai Umat Islam, saya merasa sangat terhina jika ini maksud sebenar PAS. Saya bukan sesiapa dan tidak perlu takut dengan kemarahan saya. Tetapi, takutlah dengan keMURKAan Allah.

Banyak implikasi moral di sini. Solat akan menjadi modal untuk membeli nikmat dunia. Fitnah berlaku terhadap Solat, sedangkan Solat adalah satu-satunya syariat yang diterima langsung dari Allah Ta’ala, oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sewaktu Mikraj. PAS Kelantan mesti mengkaji semula perkara ini sebelum ianya menjadi barah kepada Ummah, yang sudah pun berada pada tahap moral yang sangat rendah.

Bukan niat saya untuk menghina sesiapa, tetapi keghairahan untuk menyolek dan menghias PAS dengan imej ISLAM, sebenarnya semakin menjadikan Islam itu nampak HODOH. Solat bukanlah perkara main-main. Solat adalah jalan kembali Haq Allah kepada Sang Empunya iaitu Allah Ta’ala sendiri. Syariat Solat bukan untuk dipertonton atau dijadikan modal untuk membeli nikmat dunia. “Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, dan mengingati Allah itu lebih besar”. Jika begini cara PAS, saya menyeru segeralah PAS berTAUBAT kepada Allah. Orang Mukmin dan Muslim yang benar-benar ingin kembali ke Rahmatullah dengan jalan Solat, kelak akan dikatakan mahu kenaikan pangkat. BUKANKAH INI FITNAH??? Bertaubatlah, sebelum sampai ketentuan Allah Ta’ala yang dijanjikan. Sekiranya azab sudah di depan mata, janganlah disalahkan sesiapa pun kerana pintu taubat sudah tertutup. Salahkanlah diri sendiri.

NazzCaveMan