Melayu Dan Islam diPECAH PERINTAH ?

Kenyataan berani MCA mempertikai 30% ekuiti Melayu adalah suatu penghinaan kepada UMNO. Berikutan perlantikan bukan Melayu ke jawatan Pengurus PKNS oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, MCA mengecaman Dato’ Dr. Hassan Ali dan menganggap kenyataan mantan MB Selangor Dato’ Seri Dr. Khir Toyo sebagai tidak bertanggungjawab. Pada hakikatnya isu-isu tersebut, menzahirkan wajah sebenar MCA, yang terdesak berikutan berkurangaya sokongan kaum Cina. Tarian MCA dan Gerakan sangat sesuai dengan gendang yang dimainkan oleh DAP. Pada masa yang sama, DAP masih perlu menjaga hati PAS dengan melapikkan kenyataannya ” bantahan PAS kerana salah faham, tetapi berniat baik”. Ini kerana DAP masih bergantung kepada PAS dan mahu terus mengambil kesempatan di atas rasa benci dan dendam kepada UMNO. DAP perlu sedar, PAS bukannya jahil untuk tersalah faham, jauh sekali PAS mahu meriak-riakkan niat baiknya. PAS sangat memahami isu ini bahkan melihat dari seluruh perspektif sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Sebenarnya PAS sangat memahami sejarah dan tahu di mana dasarnya. Tidak perlulah DAP menobatkan diri sebagai pendamai antara Melayu PKR dan Melayu PAS, sedangkan pada masa yang sama menyanyi berduet dengan MCA. Cukuplah DAP memerangkap PAS dikandang babinya  sewaktu mengambilalih pemerintahan Negeri Selangor. Sejauh ini juga, Melayu PAS dan PKR masih dibawah telunjuk Cina DAP.

Di pihak BN, Cina sudah berani mempertikai pemimpin dan dasar Melayu UMNO manakala di pihak PR, Cina DAP masih terpaksa menjaga hati Melayu PAS dan PKR. Inilah dilema Melayu semasa. Melayu merasakan dirinya memerintah sedangkan Melayu sedang diPECAH-PERINTAH. Jika dasar UMNO/BN menindas Cina, siapa yang paling banyak mengambil untung atas sikap tolak ansur dan lebih kurang UMNO selama ini? Jika UMNO membuli parti komponen lain di dalam BN, adakah dasar UMNO selama ini menjadikan Melayu memegang lebih 60% ekuiti negara dan menjadikan Cina sebuah bangsa yang melarat di Malaysia?

Cina samada MCA atau DAP perlu sedar bahawa, UMNO telah mengenepikan anak kandungnya Melayu, demi anak-anak angkatnya Cina, India dan lain-lain. Atas sebab itulah, maka ramai Melayu yang meminggirkan UMNO sekarang ini. Jika benar berdiri atas semangat BN, MCA sepatutnya membela UMNO sewaktu UMNO dikatakan sedang sakit tenat. Tetapi semangat BN digunakan MCA untuk mengenepikan UMNO apabila Cina DAP mendapat peluang di dalam PR. Sedangkan UMNO menyanggah tindakan PKR. MCA perlu ingat bahawa Khir Toyo itu adalah sebahagian dari UMNO. Adakah MCA bercakap atas dasar semangat BN atau semangat Cina??? Walaupun di dalam UMNO dan sesama Melayu ada pertelingkahan sesama sendiri, tetapi MCA, Gerakan dan DAP perlu sedar bahawa UMNO, PAS dan sebahagian PKR adalah ORANG MELAYU UMAT ISLAM. Perlu diingat bahawa PAS dan PKR itu sendiri berasal dari UMNO.

Sebenarnya, semangat BN hanya tinggal slogan. Semangat itu sudah tidak berjasad lagi. Semangat BN sedang digugat oleh rasa tamak sesetengah pihak di dalam BN sendiri. Ketamakan yang menyentuh hakmilik pihak lain. Pada masa yang sama semangat perkauman atau dengan perkataan yang lebih lembut, semangat keBANGSAan masing-masing di dalam BN sedang mendadak naik. Semua ini akan mencetuskan semula api perkauman, sekiranya rasional bertukar kepada emosional. Sudah kedengaran suara di dalam UMNO untuk mengenepikan lambang DACING pada PRU-13. Masing-masing parti komponen di dalam BN, disaran bertanding menggunakan lambang parti masing-masing, seperti yang dipraktikkan di dalam PR. Ini mungkin tidak dapat dielakkan lagi jika Melayu PAS dan PKR(sebahagian atau keseluruhan), bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO samada dengan atau tanpa syarat. Sememangnya fenomena ini bakal menjadi mimpi ngeri kepada Cina dan kaum-kaum lain, yang cuba mencabar Melayu. Tetapi jika itu SURATAN yang mahu disempurnakan menjadi TAKDIR, Melayu Islam di Malaysia tidak ada pilihan kecuali… TAKBIR!!!

Apa guna hidup jika bergari, alang-alang mati biar berdiri.

NazzCaveMan